Wednesday, March 19, 2014

ahmad


Soklan yang common orang tanya bila tau aku ni tunangan orang.

"Tunang bomba jugak ker?"

fuhh~! mentang-mentangla aku ni bomba kann..heee. 

Jawapannya BUKAN. ahmad ni orang biasa-biasa je. kenal pun kat tepi jalan. eh! 


*********************


ahmad bukan bomba, tapi dia superman! Dia banyak bantu aku bermula aku menerima surat tawaran untuk menghadiri ujian fizikal & kecergasan bomba tahun 2011 lepas. 

dia banyak memberi sokongan semasa aku sibuk buat persiapan untuk ujian fizikal & kecergasan bomba. Bawak aku jogging, ajar cara pernafasan yang betul ketika jogging. oh! aku paling menyampah lari-lari ni. Sampai sekarang pun masih di tahap mencemaskan tapi setakat jogging slow-slow tu boleh la..hee

Lagi, pinjamkan basikal setelah aku secara tak sengaja pecahkan lampu kereta abang ipar aku ketika nak pergi jogging. Nasib baik abang ipar aku memahami masa tu. 

Ajar aku buat dumbell sendiri untuk kuatkan tangan. Dumbell : botol air mineral 500ml diisi dengan pasir pantai basah.

Sepanjang aku rekrut, dia selalu bagi semangat tiap kali mental koyak

"Awak, saya dah bosan la. lambat lagi nak tamat latihan ni!"

"Sabarlah, kalo dulu awak boleh bersabar, takkan takleh sabar sikit lagi. Kalo stress sangat, awak ingat gaji je. Haa..3 kali gaji lagi sebelum tamat latihan. Tak lama dah tu" 

hehehehe..menjadi pulak tips dia neh. kekekekeke. 





Lagi? yang lain simpanan kami je. Takleh citer lebih-lebih kat sana. Kang korang jatuh chenta kat dia pulak..kekekekeke. 

Gambar? tunggu kahwin nanti baru aku tayang..heee





3 comments:

ct kektus said...

weeee. superman sejati gituu kan. :)

moga semuanya dipermudahkan nanti. jangan lupa tepek gambar ea bile dah kawen nanti. :)

Tukang Karut said...

oooooooo... melepas sudah...

missShila Nget said...

Kakakaa..

sweet2.. tahniah!
moga semua berjalan lancar..