Thursday, March 27, 2014

Jawatan

 

Zaman sekolah dulu, aku merupakan pelajar paling tak aktif dan tak menyerlah langsung. Sukan tak aktif. Kelab persatuan pun sama. Sekadar jadi ahli. Kadang teringin gak nak ada orang lantik aku jadi bendahari ke presiden ke apa ke. tapi apa boleh buat, orang femes jela yang selalu jadi tumpuan murid dan cikgu. Well, aku kan pendiam, tak femes pun. =.='

Bila masuk zaman matrik, aku mula berjinak join persatuan, jadi fasilitator dan ini sedikit sebanyak membantu aku improved my communication skill. Kurang rasa malu untuk berucap depan orang. Zaman sekolah dulu, jangan harap. ketaq lutut aih. 

Bila masuk zaman universiti, aku jadi makin gile. Semua aktiviti aku nak masuk, nak pegang jawatan. Jawatan paling lekeh pun ahli la. Yelah, gara-gara nak dapatkan kelayakan duduk asrama sampai tamat study. Syarat kelayakan duduk asrama kena aktif aktiviti universiti, kena kumpul banyak banyak merit. 

Biasanya muka aku ni orang selalu offer pegang Biro Penajaan. Nampak sangat muka takmalu mintak duit. erk! Tapi sebenarnya bagus jugak jadi Biro Penajaan ini, at least tahu bagaiman cara untuk mendapatkan sponsorship dan mengumpul dana untuk menjalankan aktiviti itu. Dan sesebuah aktiviti tu bukan murah kosnya, kadang-kadang mencecah sampai RM10k. Memang kena struggle lebih. fuh!

Mula-mula tu aku terima je jawatan tu, tapi bila dah tahu kerja hakikinya, terus tolak mentah-mentah. Kemudian biasanya aku akan gedik request jawatan Biro Grafik. Hakikatnya skill grafik, adobe photoshop ke laut. Tapi okla, ada jugak yang mempercayai kebolehan tak seberapa aku. ngeh3

Mula-mula seronok dapat join aktiviti-aktiviti di universiti tapi sampai satu tahap tu bila dah terlalu sibuk dengan menyiapkan tugas dan tanggungjawab yang diberi, banyak kelas aku ter'miss' (perkataan manis menggantikan ponteng).  Tidur tak cukup. Pembelajaran pun entah ke mana. Akhirnya, result final exam, ke bulan. :( 

Selepas macam tu, memang aku dah stop terus untuk apa-apa aktiviti universiti. Dan nasib baik jugak, masa tu pun dah final year, tak perlu nak kumpul merit banyak-banyak, sebab dah konpem dapat asrama. Dapat bilik single lagi. hee. 

Kesimpulannya, banyak faedah bila join aktiviti-aktiviti sosial. Banyak pendedahan, ilmu dan pengalaman yang kita akan perolehi. Namun, kena berpada-pada. Kena pandai uruskan masa. dan paling penting ukur keupayaan sendiri. Mampu ke kita untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberikan. Tepuk dada, tanya diri sendiri :)


*****************************

Aku tengah pening dan risau. Tak sampai dua bulan posting, sudah dua jawatan dalam persatuan diberi kepercayaan kepada aku. Persatuan tu pulak bukan calang-calang. Satu tu persatuan untuk negeri Pahang, satu lagi untuk Malaysia. Risau jugak kalo tak mampu nak manage. Nak tolak, rasa macam tak best. Baru posting, takkan nak tolak dah kan, kenalah tunjukkan sikap proactive, agresif, fantastic, kreatip, inovatip sikit. erk! 

Tugas hakiki (tugas di ofis) dah bertimbun, kok mahu ditambah dengan tugas bukan hakiki lagik. takpe takpe, anggap ini satu cabaran. think postif think positif. fuh~!

Single single ni boleh la aktif, dah kawen nanti aktif di rumah jela. Jaga suami anak pulak. ops.! kekekekeke


kata hati: isnin ni meeting di KL. kan best kalo lepas meeting tu boleh singgah sopim. Oh! rindu nak sopim mopim kat SOGO, KWC ni...



 

7 comments:

chiLleD...!! said...

samalah kiter msa sekolh dlu xprnh join mn2 aktviti..msuk uni mngmpul sijil jer krjanya..hehe..dr situ blh bljr mcm2..

btw, untk jwtn tu sahut jer cbarannya..insyaAllah kak Lea blh buat..kalau tak Allah takkn letak kak lea kt ctu..good luck

psst:jom sopim

Lea IsNawi said...

thanks. inshaAllah..

bestnya! jejoms shopping :)

dill said...

Jom sopin!

dill.

Hafizin Jamil said...

Hoho. Bagusnya. Aku pula selalu je mengelak kalau org nk bagi jawatan. 'Org nak bg jawatan' ye, bukan aku minta. Tak tahu la kenapa org minat nk bg jawatan dekat aku. Hahaha

Sarah Mohd Saleh said...

mengalahkan rosmah manshorrrrr?\. hihihi. sekarang kerja ape dear? seronok kerja banyak dari kerja takde, pongeh je dok dlam opis. hjihi

Lea IsNawi said...

HJ: muka ko macam PM Najib kot :P


sarah: keje biasa2 je..hehehe

ct kektus said...

alaa. tak pe. baru dua je kan. insyaallah boleh buat punya. hihii