Thursday, April 3, 2014

Hikmah Melawat Orang Sakit

 

Semalam aku bersama rombongan che kiah pergi melawat my bigboss di hospital kuala kubu bharu. My bigboss terjatuh semasa meeting kat KL hari tu. Aku ingatkan dia tersungkur biasa je, tapi rupanya dia terkena serangan jantung. Mana taknya, lepas tersungkur dan orang dah tekan-tekan dada dia, dia boleh buat lawak. Aku pulak masa tu memang tak tahu nak buat apa, dahla im da the only gegurl yang berada kat situ. Jadinya aku hanya tolong ambilkan tisu, tuala basah jela. Memang masa tu, darah banyak keluar dari hidung mungkin sebab hentakkan kuat muka pada lantai. Aku yang tengok ni pun naik seriau. Bukan takut darah okai, cuma takut apa-apa jadi. Tapi dia still cool je.

Bila dah macam tu, my big bigboss suruh dia amek mc di hospital. Bila dah mendapat rawatan di hospital barulah tahu rupanya dia terkena serangan jantung masa tu. Gila bahaya..kalo dalam masa 4 saat tak diselamatkan memang boleh membawa kepada kematian ataupun koma. Alhamdulillah..Allah masih bagi peluang kepada beliau untuk terus bernafas. 

Dari Hospital KKB, rombongan che kiah bergerak ke Hospital KL pulak. #macam sebelah menyebelah je kan hospital ni. T_T. Kat sana, kami melawat anggota lain pulak yang disyaki menghidap kanser paru-paru.Keadaan dia agak nazak, memerlukan bantuan oksigen untuk bernafas. Dia pun tak dapat nak bercakap banyak dengan kami sebab semput. 

Melihat keadaan dua pesakit ni, buat aku insaf dan banyak banyak banyak bersyukur kepada Allah SWT kerna masih memberikan nikmat kesihatan kepada aku. Aku masih mampu bernafas tanpa memerlukan bantuan mesin. Masih mempunyai cukup anggota badan. Masih boleh berlari berjalan sesuka hati dan masih ada keupayaan untuk bekerja dan menaip blog ni. erk!. Alhamdulillah...syukur sangat :)
  
Nampak gayanya akulah yang kena jadi bigboss buat sementara waktu, memandangkan my bigboss cuti. Bunyi macam best je kan kan, tapi buat pekerja yang baru je masuk keja macam aku ni, blurrr la jugak. Tapi InshaAllah, boleh belajar slow-slow. fuh fuh~!



Doakan mybigboss moga cepat sembuh ye :) 



*****************************




nota kecil: kena attend meeting memanjang la lepas ni....................


 

5 comments:

afzalsukasuki said...

bos kena cepat2 sembuh..kalau dia takde sape nak bagi gaji huhu

semoga bos semakin sihat dan semakin emsem :D

ct kektus said...

nasib baik sempat diselamatkan. :)

tak pe, ni lah masanya untuk belajar serba sedikit kan. all the best lea. :)

Mek Onie said...

semoga bigboss lea cepat sembuh dan boleh jalankan tugas macam biasa,utk lea....haipp!saya rindulah!

Lea IsNawi said...

Sy rindu jugak makcik onie :)

Aien Not Alien said...

semoga bigboss lea lekas sembuh. kena la lea amek alih tugas...pengalaman kan.