Thursday, April 10, 2014

SEDEKAH

Selalu nampak tabung-tabung macam ni kan? 

Boleh dijumpai di surau-surau, pasar malam, kedai-kedai kan

tapi kan, sudi tak kalian mengeluarkan not-not berharga dari dompet kalian untuk memasukkan ke dalam tabung ni? 

ikhlas atau tidak? atau sekadar ingin menunjuk?

*****************************

Terus terang, satu masa dahulu, tangan aku terlalu berat untuk mengeluarkan sehelai dua not berharga dari purse untuk dimasukkan ke dalam tabung. Kadang-kadang tengok tabung-tabung sedekah dengan sebelah mata. Kadang-kadang buat tak nampak saja.

tapi, segalanya berubah pada satu malam. Ketika itu aku hendaklah membayar bil makanan di kaunter kedai makan. Tiba-tiba ahmad bagitahu aku, 

"awak, saya masukkan duit rm1 untuk awak dalam tabung ni. RM1 untuk awak, RM1 untuk bahagian saya" sambil tangan menunjuk ke arah tabung sedekah di tepi kaunter. 

sambung ahmad,

"Biasanya saya akan masukkan tiga ringgit. satu ringgit untuk saya. satu ringgit untuk abah dan satu ringgit untuk ma. Dan kahwin nanti, saya akan tambah satu ringgit lagi untuk bahagian awak. Tapi malam ni, takpelah, saya sedekah untuk bahagian saya dan awak je. Awak pun lepas ni, kalau terjumpa tabung sedekah ni, buatlah jugak. Sedekah untuk bahagian awak, ma dan ayah."

Saat tu, perasaan aku bercampur baur. terharu, malu, sedih dan bersyukur. Bersyukur kerana dipertemukan dengan lelaki sebaik ahmad dan inshaAllah bakal menjadi imamku. 

Sungguh aku terharu dan aku tak pernah terfikir sampai tahap tu. Walaupun hakikatnya aku tahu, amalan bersedekah di dunia akan membantu kita di akhirat. Tapi biasalah, manusia susah untuk mengamalkannya. 

Sejak malam tu, setiap kali terjumpa tabung sedekah, aku akan meringankan tangan menghulur sekadar yang mampu. Kalau kita mampu melaburkan duit untuk membeli mekap yang mahal, baju mahal-mahal untuk nampak cantek, segak bergaya, rasanya tak salah juga untuk melaburkan duit ke arah masa depan. yang akan membantu kita di saat tiada siapa yang boleh membantu kecuali amalan-amalan kita di dunia.

Jika rezeki lebih, hulurkan juga dengan niat bagi pihak orang lain, pihak ibu bapa. Selain doa dari kita, mungkin amalan sedekah kita untuk pihak ibu bapa dapat memberi kesejahteraan di dunia dan akhirat. Masa inilah kita boleh budi ibu bapa kita yang banyak berkorban. Kita sayang ibu bapa kita kan. :)

# entri ini bertujuan untuk ingat-mengingati, tiada niat lain :)

6 comments:

Hafizin Jamil said...

bagusnya.. kalau tak keberatan niatkan utk aku sekali eh. haha

Salwa said...

Sedekah menolak bala.

Hafiz Hafizol said...

terima kasih kak bomba katang atas perkongsian ini..

Alhamdulillah, kalau ada duit dalam wallet, tangan tak berat utk bersedekah..

InsyaAllah rezeki pun makin bertambah.. :D

anamizu said...

Allahuakbar. Tu la skg ni semenjak makin berusia ni byk kan sedekah jugak.

sedekah menjamin kesejahteraan dunia & akhirat :)

Tukang Karut said...

betulll aku sokong ahmad...

bpk muliadi said...

KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل