Thursday, May 8, 2014

My dad in paper.

 
 

Persatuan Nelayan Kawasan Kijal (PNKK) berjaya mencipta mesin menarik perahu mudah alih yang mampu membawa perahu seberat dua tan naik ke darat sekali gus merekod sejarah tersendiri buat persatuan itu.

Pengurus Besar PNKK, Mohd. Shuhadi Jusoh berkata, hasil kreativiti Isnawi Mohd Amin, 62, itu akan dipertaruh ke pertandingan reka cipta kejuruteraan dan inovasi yang akan diadakan tidak lama lagi.

“Memikirkan enjin mesin terpakai yang terbiar sejak setahun lalu tidak lagi memberi manfaat kepada nelayan, Isnawi yang juga salah seorang ahli PNKK meminta keizinan saya untuk mengubahsuai enjin tersebut.

“Setelah dipersetujui, beliau mengambil masa selama enam bulan bagi mereka ‘paten’ mesin tersebut dengan kos sebanyak RM800 yang ditanggung oleh PNKK,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PNKK, baru baru ini.

Mohd. Shuhadi berkata, kebolehan Isnawi mendapat perhatian Ahli Parlimen Kemaman yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Dato’ Seri Ahmad Shabery Chik supaya kerjasama dilakukan dengan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) bagi membina dan mengetengahkan mesin tersebut kepada persatuan nelayan di seluruh negara.

“Perkara ini memberikan khabar gembira buat Isnawi yang pernah mengikuti kursus baikpulih enjin bot di Pusat Latihan Perikanan Seberang Takir pada tahun 1975 dan menjadi ahli PNKK sejak 20 tahun yang lalu.

“Malah, bapa kepada lima anak ini turut bersedia untuk berkerjasama dengan pihak yang berminat untuk membina dan memasarkan mesin tersebut pada masa hadapan,” ujarnya.

Menurut Mohd Suhaidi, pada asalnya mesin tersebut adalah sumbangan daripada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia ( LKIM ) kepada PNKK dua tahun lalu.

“Ia dipasang pada sebuah bangsal bagi menarik perahu ke darat apabila musim bergelora, namun disebabkan tempat menyimpan perahu adalah terhad maka mesin tersebut tidak digunakan dan terbiar begitu sahaja,” jelasnya.


**************************************

ISNAWI BIN MOHD AMIN. He is my dad. Seriously macam tak percaya je tau. Ayah pun tak pernah cerita pasal projek ni kat kami sekeluarga. Tup tup mak sedara bagitahu ayah keluar paper

Serious rasa kagum gila dengan kebolehan ayah. Kreatip dan inotip sungguh. Patutlah anak dia pun sama, bakat turun menurun rupanya. kihkihkihkih. *perasaan*


my dad, my hero. my dad, my b0ss.


and


my dad, my ATM bank (once upon ago). hikhikhik 




detik hati LEA: boleh start fikir nak bagi hadiah apa sempena HARI AYAH nanti. hadiah untuk HARI IBU dah siap beli pun. Tunggu nak bagi je hujung minggu ni :)


 

2 comments:

Zara Nurhaidah said...

WOAAAAHHHH =D

biela bell said...

Pehhhh..retissss ayahhh...huntong! huntong!