Monday, June 23, 2014

Pesan Ikhlas dari bomba

 

Sebagai salah seorang anggota bomba dan penyelamat, ada beberapa nasihat yang ingin saya sampaikan kepada orang awam. Ye! kepada kamu kamu sekalian.

1. Plis Plis simpan nombor balai polis, balai bomba dan ambulans yang berdekatan dengan kawasan kamu. Alaaa...buat apa simpan, dial 999 sudah. Bukan susah pun. Yes! memang bukan susah pun, kacang je nombor tu. Budak sekolah tadika pun boleh hafal. Tapi tapi tahukah anda semua, talian 999 merangkumi semua agensi dari semua negeri di seluruh Malaysia ni. Ini bermaksud, bila anda menghubungi 999 untuk sesuatu kecemasan, operator akan berusaha untuk mencari balai-balai berdekatan dan kemudian take time untuk buat sambungan panggilan lagi. Itu yang menyebabkan salah satu faktor penyelamat lambat sampai ke rumah kalian. 

Tahukah anda, hanya 3-4 minit kelewatan bomba datang ke rumah anda, rumah anda boleh hancus musnah dilahap api. 

Bukanlah nak cakap, dial 999 tu tak membantu. Membantu cumanya ia akan mengambil masa sedikit. Well, masa amat amat berharga kan? Tapi kalo dah takde simpan nombor balai-balai berdekatan, dial 999 the last choice you have.


2. Pastikan sistem pendawaian di rumah anda yang zaman nenek moyang, yang masih belum diperbaharui, diperbaharui dengan segera. Paling selamat, buat pemeriksaan sistem pendawaian di rumah secara berkala. 5 tahun sekali takpun 10 tahun sekali. 

Banyak sangat kes kebakaran berlaku disebabkan elektrikal. Sampai sekarang pun, rasa tak tenteram duduk kat rumah atau tinggalkan rumah. Selalu akan pastikan semua suis utama ditutup terlebih dulu. Walaupun dah tutup sebelum keluar, masih terfikir lagi "eh aku dah tutup belum iron tadi ye" eh eh. Dah jadi FOBIA oke. =.='


 3. Nak lagi selamat, beli dan simpan alat pemadam di rumah. Siapa cakap kat rumah tak payah ada alat pemadam api? Alat pemadam api digunakan untuk kes kebakaran yang baru hendak bermula. Kadang-kadang tidak semua kebakaran boleh dipadamkan dengan hanya menjirus air oke. untuk kebakaran elektrik, plis jangan simbah dengan air kerana air merupakan pengalir haba yang baik, maka ia akan mempercepatkan lagi kemerebakan api. Jadi, try usaha untuk beli alat pemadam api jenis karbon dioksida atau ala pemadam api jenis serbuk kering ABC. harga? oh! im not really sure about that. heee. 


4. Bagi mereka yang mempunyai kedai besar-besar tu, seeloknya belilah insurans untuk kedai. Sekurang-kurangnya ada back up sekiranya apa-apa berlaku pada kedai korang. Beringat sebelum kena kan lagi bagus. Oh! ye, insurans nyawa pun jangan lupa beli ye ye :)

oke, cukup untuk hari ini, ada masa aku sambung lagi nasihat yang suci ihklas dari hati aku..ngehngehngeh


adios! 
 
 

5 comments:

Tukang Karut said...

nasihat dari pakar ni...

Ezad Skytech said...

tapi kalau time kecemasan memang tak fikir nombor lain da selain 999...

ct kektus said...

baik yg arif! hehehe :D

ewanthology said...

baiklah

Hafizin Jamil said...

baik cik bomba. saya ingat cik bomba ada 10 point lagi kat bawah tadi. haha