Wednesday, July 2, 2014

cuti raya.

 

Semalam dah buat meeting siapa yang akan balik raya dulu untuk tahun ni. Alhamdulillah rezeki berpihak pada aku tahun ni. heee. Nasib baik jugak, raya hari Isnin, jadi Jumaat sebelum tu dah boleh balik buat persiapan raya dah. 

Orang awam untungla tak pening pikir cuti raya. memang konpem dapat cuma bezanya sikit atau banyak je . Macam aku ni, memang kena bergilir setiap tahun untuk balik raya. Yelah, mana boleh tinggal kawasan begitu sahaja. Kami kan penyelamat negara, kenalah berkorban sikit. uhuks. 

Dah cakap awal-awal kat ahmad semalam, tahun depan dia kena teman aku menjaga kawasan. Nasiblah dia memahami. Tapi tu cakap jelah, taktahu la taun depan die sudi temankan aku ke tak. Kot-kot berubah fikiran. Harap-harapnya taklah, yelah takkan nak tinggal bini raya sorang2 kat kuantan kan kan. 

Untungnya aku, kampung aku tak jauh sangat pun. 1 jam lebih je dari opis. Jadinya kalo nak standby kt kampung pun oke. heee. So, walaupun taun depan takboleh balik raya, tapi sempat je cilok sejam dua jam 14 jam duk kat kampung. Ada kes baru pecut dari kampung ke tempat kes tu. vroom vroom. oh! yang pasti bukan aku yang memecut. beloved pilot aku tolong pecutkan. ngeh3. aku bukan kaki pecut, bawak kereta pun 80-100 km/j je. driver yang sangat sopan serta ayu kan.  

Ish, orang duk sibuk cerita pasal cuti raya tahun ni, sempat nak menyelit cerita cuti tahun depan pulak. =.='. okok fine.! Untuk raya tahun ni, aku hanya cuti hari pertama dan kedua sahaja. Raya ketiga dah masuk kerja. standard kerja lain. Aku malas nak apply cuti raya panjang-panjang sebabnya, aku nak sambung cuti balik minggu depannya. raya ke11 nak sambung cuti lagi. cuti khas. ehem ehem.



 

10 comments:

Hafiz Hafizol said...

kita x ambek pun lagi cuti. ingat nak ambil seminggu la hahaha... kerana raya aku relakan

Lea IsNawi said...

lambat2 ni, rasanya tak dapat cuti pjg2 tu

safurara said...

wow! lama nya cuti.hehehe.mst sonok kan!

Lea IsNawi said...

erk. 2 ari je pun cuti raya =.=

missShila Nget said...

raya terakhir seorang bujang..
kene nikmati..

haha..

zati embong said...

eh, jat dr awal tahun dapat calendar dah tanda nk cuti raya bape hari. haha

afzalsukasuki said...

tok baru apply tadi.alhamdulillah la kalau cuti diluluskan sbb tau yang badan beruniform mmg kena cuti bergilir

nanad said...

phewwit~ raya terakhir single...wuaaaah, banyak ketinggalan dah nanad ni :( kena scroll older post blog lea nih ;) hehe

Hafizin Jamil said...

bila org bekerjaya sembang pasal cuti.. kita yg tanam anggur ni rilek je..haha

Nafardz said...

xpela cuti 2 hari je, nti nak cuti panjang susah pulak nak lepas.. aku advise ko honeymoon kat kuantan je la.. dekat siket bile oncall nak kne standby.. hehee