Monday, November 17, 2014

Bakat Terpendam Suami.

 Assalamualaikum wbt.

Hujung minggu lepas, terpaksa menghabiskan cuti sensorang. Hasben tak dapat datang ke Kuantan pulak minggu lepas. Menghadap la aku depan laptop dari pagi sampai malam pastu bangun tidur sambung menghadap lagi sampailah sedar sedar dah Isnin. Bila dah Isnin, rasa malas pulak nak pergi kerja. Gara-gara hujan+sejuk membuatkan aku rasa malas gila nak keluar rumah..

Actually hasben tak dapat datang Kuantan hujung minggu lepas sebabnya dia ter'join' satu Pertandingan Ukir Kayu di TTC, Terengganu selama dua hari berturut-turut (Jumaat & Sabtu). Hari Jumaat, dia masuk bertanding bagi kategori Tertutup a.k.a amatur dan hari Sabtu pulak untuk kategori terbuka a.k.a profesional. Dan alhamdulillah, rezeki di tangan hasben. Dapat jugak jadi Juara bagi Kategori Tertutup. Dapatlah bawak balik duit bernilai RM500. Boleh bahagi dua, maka sorang dapat lah RM250..kekekeke. Aku pun kena masuk bahagian, yelah aku kan kipas susah mati hasben. Bagi semangat dan doa dari jauh. Tu yang boleh menang tu...hikhikhikhik. 


Ni hasil kerja sang suami. Yang belah kanan yang membawa tuah. Yang belah kiri tu untuk kategori Terbuka. Tapi aku lagi suka yang belah kiri, nampak cantek je! Hasben cakap dia kalah kategori terbuka sebab dapat kayu yang rosak. Ramai juga yang dapat kayu rosak. Kayu rosak susah nak mengukir. Tapi apa boleh buat, pemilihan kayu adalah berdasarkan undian.


Ini dia hasben bersama hadiah kemenangannya. Kan best kalo aku boleh berada bersama-sama. tapi apa boleh buat, jarak memisahkan kami. sobs!

Tahniah suami atas kejayaan kamu. Im proud with you. err nanti duit hadiah tu share share tau...hihihi. 


6 comments:

ewanthology said...

Bakat yg ada ni boleh buat meniaga barang cenderahati.... masyukkkkk

Tukang Karut said...

ni bakat bernilai namanya... kalau pandai digunakan...

FAYYADHAH said...

Bakat mcmni mmg bagus.

Umi Nazrah said...

boleh dah tu kalau nak kembangkan biz. boleh buat online selling jgk. inshaAllah masyuk ^_^

Daddy Ziyyad said...

Tahniah...

Wahhhh..suami awak mmg sangat berbakat la...bukan senang nak buat ukiran kayu...

Boleh buat bisnes ni tau

anamizu said...

waahhhh tahniah hasben Lea! dah boleh buat bisnes ukir2 dah nih hehe