Friday, December 5, 2014

Allah sentiasa beri yang terbaik untuk hamba-Nya.

 

 Hari tu, ada member aku tanya sama ada aku kena alahan teruk tak masa mengandung ni. Aku cakap la aku masih under-control lagi. Tak teruk sangat. Masih boleh telan makanan. Muntah pun tak pernah lagi setakat ni. Cuma badan letih jela bila mengandung ni je.  

Kemudian dia bagitahu aku, 

"Mungkin Allah permudahkan urusan aku semasa mengandung ni sebabnya suami jauh dari sisi."

Dan aku terfikir, mungkin betul juga apa yang dia cakap. Mungkin Allah sayang sangat kat aku, taknak aku susah tanggung derita alahan seorang-orang.  Mungkin juga, Allah nak kurangkan kerisauan suami, tinggal isteri dia ni yang sedang membuyut seorang-seorang. 

Ya! Allah SWT sentiasa tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya kannn. Alhamdulillah syukur Ya Allah dengan nikmat yang Kau berikan ini. *lap air mata*

Tapi kadang kesian jugak kat rakan-rakan yang seusia kandungan dengan aku. Ada yang tu sampai terpaksa masuk air sebab tak boleh nak makan langsung. Asal makan je muntah. Aku ni, asal nampak makanan je nak melahap. Asyik lapar sokmo! Cuma malam je tak boleh makan sangat, nanti rasa loya sampai ke pagi.

"Takpela dila, time mengandung ni la kita kan buli hasben kita kaw-kaw. Kita boleh tengok tahap kesungguhan dan kesabaran dia menjaga kita macam mana"

Untunglaaa Abang Ahmad tak menjadi mangsa 'buli' untuk kehamilan pertama ini...kekekeke...




 

10 comments:

Ann Ishak said...

semoga dipermudahkan sehingga masa bersalin nanti :)

Puteri Wanita said...

alhamdulillah... best ngandung symptom tak teruk :)

Cik Balqis said...

Smoga kuat n tabah ;)
Jom Join Segmen Zaman Persekolahan

anamizu said...

moga dipermudahkan segalanya Lea. jaga diri & kesihatan bebaik tau ;)

HeNRieTTa JoSe said...

tahniah...moga bby n mommy shat sentiasa....

pesan ngn bby...daddy jauh, jgn nakal nakal...hehehe...

anamizu said...

arini dah jumaat. sok sabtu & ahad. moga happy2 Lea n encik hasben hehe

afzalsukasuki said...

hahaha time mengandung buli hasben ye.. try tgk anak 2,3,4 boleh tak buli lagi hahaha :D

jaga kesihatan ye,semoga semuanya dipermudahkan :)

ewanthology said...

Allah kalau nak menduga hambanya..Dia akan pastikan hambanya mampu menghadapinya.

iAmCekbolat said...

mummy strong , baby pun strong . bestnyaaa dh peknen

Ania said...

Salam kenal! Saya dari team Kumpulbagi.
Jika Anda mau share dan download files dengan gampang kunjungi page kami di: www.kumpulbagi.com
Semuanya gratis, cepat dan tanpa limitasi. Anda bisa upload sebanyak files (audio, video, pdf, jpg, dll.), membuat koleksi berkas dan bagikan dengan lainya.
Coba servis kami tanpa registrasi:)