Friday, March 28, 2014

Kuih Peneram

 


Semalam pergi pasar malam, ternampak kuih ni. Kecik comel-comel jek.
 RM1 untuk 10 bijik. Not bad. Terus keluarkan duit biru sekeping.
 
 

 kuih feberet ahmad. Nak try makan jugaklah. 

Ranggup. Sedap. Fantastic dan mengenyangkan! hihi. 

aku suka tengok penjual tu duk terap terap kuih peneram ni dan goreng. 


ini kuih zaman nenek kebayan dulu, tapi still ada sampai sekarang. Orang cakap tak hanyut di telan arus kemodenan sekarang. Tadi, google resepi dia. tak guna banyak bahan dan macam senang.erk! senang ke?
  

ada masa nak try buat lah. :)

kalau boleh semua jenis makanan kegemaran ahmad, aku nak try buat. Walaupun skill memasak tak sehebat pah bedah pun. heee  



 ************************************




kata hati: kalo jadikan doorgift untuk kahwin boleh tak, boleh tak? klasik gittew. hihihi




 
 

Thursday, March 27, 2014

Jawatan

 

Zaman sekolah dulu, aku merupakan pelajar paling tak aktif dan tak menyerlah langsung. Sukan tak aktif. Kelab persatuan pun sama. Sekadar jadi ahli. Kadang teringin gak nak ada orang lantik aku jadi bendahari ke presiden ke apa ke. tapi apa boleh buat, orang femes jela yang selalu jadi tumpuan murid dan cikgu. Well, aku kan pendiam, tak femes pun. =.='

Bila masuk zaman matrik, aku mula berjinak join persatuan, jadi fasilitator dan ini sedikit sebanyak membantu aku improved my communication skill. Kurang rasa malu untuk berucap depan orang. Zaman sekolah dulu, jangan harap. ketaq lutut aih. 

Bila masuk zaman universiti, aku jadi makin gile. Semua aktiviti aku nak masuk, nak pegang jawatan. Jawatan paling lekeh pun ahli la. Yelah, gara-gara nak dapatkan kelayakan duduk asrama sampai tamat study. Syarat kelayakan duduk asrama kena aktif aktiviti universiti, kena kumpul banyak banyak merit. 

Biasanya muka aku ni orang selalu offer pegang Biro Penajaan. Nampak sangat muka takmalu mintak duit. erk! Tapi sebenarnya bagus jugak jadi Biro Penajaan ini, at least tahu bagaiman cara untuk mendapatkan sponsorship dan mengumpul dana untuk menjalankan aktiviti itu. Dan sesebuah aktiviti tu bukan murah kosnya, kadang-kadang mencecah sampai RM10k. Memang kena struggle lebih. fuh!

Mula-mula tu aku terima je jawatan tu, tapi bila dah tahu kerja hakikinya, terus tolak mentah-mentah. Kemudian biasanya aku akan gedik request jawatan Biro Grafik. Hakikatnya skill grafik, adobe photoshop ke laut. Tapi okla, ada jugak yang mempercayai kebolehan tak seberapa aku. ngeh3

Mula-mula seronok dapat join aktiviti-aktiviti di universiti tapi sampai satu tahap tu bila dah terlalu sibuk dengan menyiapkan tugas dan tanggungjawab yang diberi, banyak kelas aku ter'miss' (perkataan manis menggantikan ponteng).  Tidur tak cukup. Pembelajaran pun entah ke mana. Akhirnya, result final exam, ke bulan. :( 

Selepas macam tu, memang aku dah stop terus untuk apa-apa aktiviti universiti. Dan nasib baik jugak, masa tu pun dah final year, tak perlu nak kumpul merit banyak-banyak, sebab dah konpem dapat asrama. Dapat bilik single lagi. hee. 

Kesimpulannya, banyak faedah bila join aktiviti-aktiviti sosial. Banyak pendedahan, ilmu dan pengalaman yang kita akan perolehi. Namun, kena berpada-pada. Kena pandai uruskan masa. dan paling penting ukur keupayaan sendiri. Mampu ke kita untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberikan. Tepuk dada, tanya diri sendiri :)


*****************************

Aku tengah pening dan risau. Tak sampai dua bulan posting, sudah dua jawatan dalam persatuan diberi kepercayaan kepada aku. Persatuan tu pulak bukan calang-calang. Satu tu persatuan untuk negeri Pahang, satu lagi untuk Malaysia. Risau jugak kalo tak mampu nak manage. Nak tolak, rasa macam tak best. Baru posting, takkan nak tolak dah kan, kenalah tunjukkan sikap proactive, agresif, fantastic, kreatip, inovatip sikit. erk! 

Tugas hakiki (tugas di ofis) dah bertimbun, kok mahu ditambah dengan tugas bukan hakiki lagik. takpe takpe, anggap ini satu cabaran. think postif think positif. fuh~!

Single single ni boleh la aktif, dah kawen nanti aktif di rumah jela. Jaga suami anak pulak. ops.! kekekekeke


kata hati: isnin ni meeting di KL. kan best kalo lepas meeting tu boleh singgah sopim. Oh! rindu nak sopim mopim kat SOGO, KWC ni...



 

Friday, March 21, 2014

Majalah

 

Satu masa dahulu, majalah yang akan aku cari setiap bulan
 
adalah majalah ni
 
 
 
 
 
 
tapi sekarang seiring dengan masa dan usia, 
 
mata aku sekarang lebih tertarik untuk mengambil majalah ni setiap bulan.
 
 
 
 hee. 
 
 
 
 
rasanya lepas kahwin, mungkin akan kembali mengumpul majalah RASA balik. 
 
Yela, nak memikat hati suami kena pandai jaga perutnya. ye dak? 
 
kekekeke. 
 
 

 

Wednesday, March 19, 2014

ahmad


Soklan yang common orang tanya bila tau aku ni tunangan orang.

"Tunang bomba jugak ker?"

fuhh~! mentang-mentangla aku ni bomba kann..heee. 

Jawapannya BUKAN. ahmad ni orang biasa-biasa je. kenal pun kat tepi jalan. eh! 


*********************


ahmad bukan bomba, tapi dia superman! Dia banyak bantu aku bermula aku menerima surat tawaran untuk menghadiri ujian fizikal & kecergasan bomba tahun 2011 lepas. 

dia banyak memberi sokongan semasa aku sibuk buat persiapan untuk ujian fizikal & kecergasan bomba. Bawak aku jogging, ajar cara pernafasan yang betul ketika jogging. oh! aku paling menyampah lari-lari ni. Sampai sekarang pun masih di tahap mencemaskan tapi setakat jogging slow-slow tu boleh la..hee

Lagi, pinjamkan basikal setelah aku secara tak sengaja pecahkan lampu kereta abang ipar aku ketika nak pergi jogging. Nasib baik abang ipar aku memahami masa tu. 

Ajar aku buat dumbell sendiri untuk kuatkan tangan. Dumbell : botol air mineral 500ml diisi dengan pasir pantai basah.

Sepanjang aku rekrut, dia selalu bagi semangat tiap kali mental koyak

"Awak, saya dah bosan la. lambat lagi nak tamat latihan ni!"

"Sabarlah, kalo dulu awak boleh bersabar, takkan takleh sabar sikit lagi. Kalo stress sangat, awak ingat gaji je. Haa..3 kali gaji lagi sebelum tamat latihan. Tak lama dah tu" 

hehehehe..menjadi pulak tips dia neh. kekekekeke. 





Lagi? yang lain simpanan kami je. Takleh citer lebih-lebih kat sana. Kang korang jatuh chenta kat dia pulak..kekekekeke. 

Gambar? tunggu kahwin nanti baru aku tayang..heee