Wednesday, April 30, 2014

WW #14 COUNTDOWN



 
 
 

 
 
fuh fuh fuh~!
 


 

Tuesday, April 29, 2014

aku ada wali.


Minggu lepas baru habiskan novel islamik ini. Dah habes baca lama, tapi baru sekarang free untuk hapdate kat blog. weee~! 

Aku suka novel2 karya Fatimah Syarha. Aku suka cara dia berdakwah, bagi takzirah melalui novel. interesting!.

 NOVEL AKU ADA WALI

sinopsis ringkas novel ni: Menceritakan tentang seorang gadis bersama Syumaila yang sedang melanjutkan pelajaran di Korea. Novel ni menceritakan bagaimana dia menepis dugaan apabila tiga orang lelaki cuba untuk menggoda dia. Hanya pada Allah SWT tempat dia mengadu dan meminta petunjuk. At the end, jodohnya bukan dengan salah seorang daripada tiga orang tu tetapi lelaki lain. Lelaki yang meminang nya secara terhormat. Terus jumpa wali dan mengorat wali sebelum mengurat Syumaila...and happy ending. :)

komen aku tentang novel ni:

* Novel ni hampir sama je dengan novel Cinta High Class. Tipikal novel karya Fatimah Syarha ni biasanya si gadis pasti akan berkahwin dengan seorang DOKTOR. mungkin sebab hasben penulis seorang doktor jadi mudah untuk dia olah cerita.....kotttt.

*  Apa yang aku nampak setelah membaca dua tiga buah novel kayra Fatimah Syarha ni, penulis banyak terapkan unsur poligami dan dia ada selit-selit kan pandangan beliau terhadap poligami. Ada perdebatan mengenai poligami dan alasan nya kukuh jugak. part ni, nanti aku cerita dalam next entry. 


*********************** 

Dalam banyak-banyak novel karya beliau, aku paling suka novel Sebarkan Cinta-Mu. Bayangkan aku boleh nanges tima baca novel ni. erk! terbocor rahsia pulak. =.='. Novel ni tebal gila kott 8++ muka surat. Gila tebal kan. Aku suka novel ni sebab sarat dengan takzirah dan susun ayat dia super duper best. Kadang kita kalo baca buku agama ni, cepat ngantok. Tapi baca buku ni tak, dia sangat kreatip dalam menyampaikan dakwah dan takzirah melalui novel islamik ni. Cubalah baca novel ni, serius rasa macam nak ulang ulang ja baca.




** aku jarang beli novel, tapi kalo novel Fatimah Syarha mesti aku akan beli sebabnya bukan novel bacaan ringan biasa. tapi boleh dijadikan rujukan jika ada kemusykilan terutamanya apabila nak berdebat dengan suami atau lelaki-lelaki yang nak kahwin ramai......


 

Wednesday, April 23, 2014

Gubahan Hantaran

 

minggu ni, aku sedang gigih menyiapkan hantaran buat hosmate yang bakal berkahwin awal bulan 6 ni. Aku yang meng-offer-kan diri, since aku memang suka gubahan-gubahan, DIY DIY neh. 


hasilnya..taraaaaaa~!



 

tapi baru 70% siap ni. Ada lagi nak kena touch up.  

tema hantaran: peach + dark pink


 

 aku suka gabungan bunga-bunga ni. combination colours dia sangat cantek. rasa cam best kalo buat bunga tangan atau gubah dalam pasu, letak tepi katil..oh! 

 
dah siap hantaran hosmate nanti, boleh fokus pada kerja kahwin sendiri pulaks~! heeee 









kata hati Lea: Sapa nak tempah gubahan hantaran, boleh la calling calling i...kekekeke


 

Saturday, April 19, 2014

Projek Kahwin: Design Kad Kahwin

 

Satu design sudah siap. Tapi rasa macam tak puas hati lagi. Mau cuba men-design yang lain pulak. Hasilnya, selepas satu jam adalah macam ini.....
 



masih kosong. ideas plis come to me. 

impian kad kahwin:

Nak design sendirik! Nak yang jenis simple tapi nice. Taknak doodle tapi banyakkan wording. Printing? - tempah kedai je kot. Plan nak print sendiri tapi apabila memikirkan dari segi ink printer, kertas, sampul bla bla macam leceh pulak. hantar kedai mungkin lagi murah kottttttt. Dah jumpa satu kedai printing online. hanya 23 sen untuk 1000 keping. boleh la kannnn.


*****************************




 

Thursday, April 10, 2014

SEDEKAH

 


Selalu nampak tabung-tabung macam ni kan? 

Boleh dijumpai di surau-surau, pasar malam, kedai-kedai kan

tapi kan, sudi tak kalian mengeluarkan not-not berharga dari dompet kalian untuk memasukkan ke dalam tabung ni? 

ikhlas atau tidak? atau sekadar ingin menunjuk?



*****************************

Terus terang, satu masa dahulu, tangan aku terlalu berat untuk mengeluarkan sehelai dua not berharga dari purse untuk dimasukkan ke dalam tabung. Kadang-kadang tengok tabung-tabung sedekah dengan sebelah mata. Kadang-kadang buat tak nampak saja.

tapi, segalanya berubah pada satu malam. Ketika itu aku hendaklah membayar bil makanan di kaunter kedai makan. Tiba-tiba ahmad bagitahu aku, 

"awak, saya masukkan duit rm1 untuk awak dalam tabung ni. RM1 untuk awak, RM1 untuk bahagian saya" sambil tangan menunjuk ke arah tabung sedekah di tepi kaunter. 

sambung ahmad,

"Biasanya saya akan masukkan tiga ringgit. satu ringgit untuk saya. satu ringgit untuk abah dan satu ringgit untuk ma. Dan kahwin nanti, saya akan tambah satu ringgit lagi untuk bahagian awak. Tapi malam ni, takpelah, saya sedekah untuk bahagian saya dan awak je. Awak pun lepas ni, kalau terjumpa tabung sedekah ni, buatlah jugak. Sedekah untuk bahagian awak, ma dan ayah."

Saat tu, perasaan aku bercampur baur. terharu, malu, sedih dan bersyukur. Bersyukur kerana dipertemukan dengan lelaki sebaik ahmad dan inshaAllah bakal menjadi imamku. 

Sungguh aku terharu dan aku tak pernah terfikir sampai tahap tu. Walaupun hakikatnya aku tahu, amalan bersedekah di dunia akan membantu kita di akhirat. Tapi biasalah, manusia susah untuk mengamalkannya. 




Sejak malam tu, setiap kali terjumpa tabung sedekah, aku akan meringankan tangan menghulur sekadar yang mampu. Kalau kita mampu melaburkan duit untuk membeli mekap yang mahal, baju mahal-mahal untuk nampak cantek, segak bergaya, rasanya tak salah juga untuk melaburkan duit ke arah masa depan. yang akan membantu kita di saat tiada siapa yang boleh membantu kecuali amalan-amalan kita di dunia.

Jika rezeki lebih, hulurkan juga dengan niat bagi pihak orang lain, pihak ibu bapa. Selain doa dari kita, mungkin amalan sedekah kita untuk pihak ibu bapa dapat memberi kesejahteraan di dunia dan akhirat. Masa inilah kita boleh budi ibu bapa kita yang banyak berkorban. Kita sayang ibu bapa kita kan. :)






# entri ini bertujuan untuk ingat-mengingati, tiada niat lain :)



 

Thursday, April 3, 2014

Hikmah Melawat Orang Sakit

 

Semalam aku bersama rombongan che kiah pergi melawat my bigboss di hospital kuala kubu bharu. My bigboss terjatuh semasa meeting kat KL hari tu. Aku ingatkan dia tersungkur biasa je, tapi rupanya dia terkena serangan jantung. Mana taknya, lepas tersungkur dan orang dah tekan-tekan dada dia, dia boleh buat lawak. Aku pulak masa tu memang tak tahu nak buat apa, dahla im da the only gegurl yang berada kat situ. Jadinya aku hanya tolong ambilkan tisu, tuala basah jela. Memang masa tu, darah banyak keluar dari hidung mungkin sebab hentakkan kuat muka pada lantai. Aku yang tengok ni pun naik seriau. Bukan takut darah okai, cuma takut apa-apa jadi. Tapi dia still cool je.

Bila dah macam tu, my big bigboss suruh dia amek mc di hospital. Bila dah mendapat rawatan di hospital barulah tahu rupanya dia terkena serangan jantung masa tu. Gila bahaya..kalo dalam masa 4 saat tak diselamatkan memang boleh membawa kepada kematian ataupun koma. Alhamdulillah..Allah masih bagi peluang kepada beliau untuk terus bernafas. 

Dari Hospital KKB, rombongan che kiah bergerak ke Hospital KL pulak. #macam sebelah menyebelah je kan hospital ni. T_T. Kat sana, kami melawat anggota lain pulak yang disyaki menghidap kanser paru-paru.Keadaan dia agak nazak, memerlukan bantuan oksigen untuk bernafas. Dia pun tak dapat nak bercakap banyak dengan kami sebab semput. 

Melihat keadaan dua pesakit ni, buat aku insaf dan banyak banyak banyak bersyukur kepada Allah SWT kerna masih memberikan nikmat kesihatan kepada aku. Aku masih mampu bernafas tanpa memerlukan bantuan mesin. Masih mempunyai cukup anggota badan. Masih boleh berlari berjalan sesuka hati dan masih ada keupayaan untuk bekerja dan menaip blog ni. erk!. Alhamdulillah...syukur sangat :)
  
Nampak gayanya akulah yang kena jadi bigboss buat sementara waktu, memandangkan my bigboss cuti. Bunyi macam best je kan kan, tapi buat pekerja yang baru je masuk keja macam aku ni, blurrr la jugak. Tapi InshaAllah, boleh belajar slow-slow. fuh fuh~!



Doakan mybigboss moga cepat sembuh ye :) 



*****************************




nota kecil: kena attend meeting memanjang la lepas ni....................