Thursday, May 8, 2014

Power Rangers Pink


Dulu zaman kanak-kanak, aku pernah berangan nak jadi macam power rangers pink. Kenapa pink sebab power ranger pompuan dua orang je. Pink dan kuning. Power rangers kuning..Negro. Opkos aku akan pilih yang cerah cerah sedikit. perasan kulit putih kannn. hakhakhak *muntah hijo*



Rasa macam best je kalo dapat jadi power rangers neh. Rasa macam hot je. Lepas tu jalani dua kehidupan. Satu jalani kehidupan biasa, satu lagi akan bertukar menjadi superwomen atau superhero untuk menyelamatkan bumi. 

Kuat pengaruh TV betul aku ni kann. Eleh macam korang yang zaman seangkatan aku tak layan citer power ranger, ultraman, dragon ball, sailormoon semua kaannnn. bohong sangat ahh. cume aku punya imaginasi kuat sangat kot. itu sebab sampai berangan nak jadi POWER RANGERS PINK. kekekeke. 

Tapi siapa sangka imaginasi zaman kanak-kanak hampir membawa aku ke arah realiti. Walaupun tidak dapat bertukar kepada costume baju merah jambu yang kiut miut ada skirt tu, tapi aku still boleh bertukar menyarung baju celoreng. Masih boleh menyalurkan khidmat memberi bantuan kepada orang awam. 




Tetapi bila dah kena bertukar setiap kali nak menjalankan tugas, terpaksalah angkut pakaian celoreng dan kasut boot dalam kereta. dibawak ke hulur ke hilir. Yelah kot-kot sedang asyik duk shopping mopping kat shopping complex, elok tengah ayu memakai baju kurung terpaksa cepat2 bertukar menjadi gadis celoreng untuk bertugas. hohoho. kenalah bertindak dengan pantas, cekap dan sekuat harimau. erk?!

Itulah kadang-kadang best jugak main bertukar-tukar neh, rasa macam power rangers tapi kadang-kadang akan rasa tak tenteram je setiap masa kot-kot terima panggilan kecemasan kan. 

Nanti next entry aku akan cerita the power of celoreng. Serius bila sarung baju celoreng ke badan, rasa lain yang amatlah. Nanti aku cerita apa yang lainnya. mungkin minggu depan la kot. sebabnya esok lepas kerja nak balik bercuti. hohoho horay~! 


adios! 



My dad in paper.

 
 

Persatuan Nelayan Kawasan Kijal (PNKK) berjaya mencipta mesin menarik perahu mudah alih yang mampu membawa perahu seberat dua tan naik ke darat sekali gus merekod sejarah tersendiri buat persatuan itu.

Pengurus Besar PNKK, Mohd. Shuhadi Jusoh berkata, hasil kreativiti Isnawi Mohd Amin, 62, itu akan dipertaruh ke pertandingan reka cipta kejuruteraan dan inovasi yang akan diadakan tidak lama lagi.

“Memikirkan enjin mesin terpakai yang terbiar sejak setahun lalu tidak lagi memberi manfaat kepada nelayan, Isnawi yang juga salah seorang ahli PNKK meminta keizinan saya untuk mengubahsuai enjin tersebut.

“Setelah dipersetujui, beliau mengambil masa selama enam bulan bagi mereka ‘paten’ mesin tersebut dengan kos sebanyak RM800 yang ditanggung oleh PNKK,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PNKK, baru baru ini.

Mohd. Shuhadi berkata, kebolehan Isnawi mendapat perhatian Ahli Parlimen Kemaman yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Dato’ Seri Ahmad Shabery Chik supaya kerjasama dilakukan dengan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) bagi membina dan mengetengahkan mesin tersebut kepada persatuan nelayan di seluruh negara.

“Perkara ini memberikan khabar gembira buat Isnawi yang pernah mengikuti kursus baikpulih enjin bot di Pusat Latihan Perikanan Seberang Takir pada tahun 1975 dan menjadi ahli PNKK sejak 20 tahun yang lalu.

“Malah, bapa kepada lima anak ini turut bersedia untuk berkerjasama dengan pihak yang berminat untuk membina dan memasarkan mesin tersebut pada masa hadapan,” ujarnya.

Menurut Mohd Suhaidi, pada asalnya mesin tersebut adalah sumbangan daripada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia ( LKIM ) kepada PNKK dua tahun lalu.

“Ia dipasang pada sebuah bangsal bagi menarik perahu ke darat apabila musim bergelora, namun disebabkan tempat menyimpan perahu adalah terhad maka mesin tersebut tidak digunakan dan terbiar begitu sahaja,” jelasnya.


**************************************

ISNAWI BIN MOHD AMIN. He is my dad. Seriously macam tak percaya je tau. Ayah pun tak pernah cerita pasal projek ni kat kami sekeluarga. Tup tup mak sedara bagitahu ayah keluar paper

Serious rasa kagum gila dengan kebolehan ayah. Kreatip dan inotip sungguh. Patutlah anak dia pun sama, bakat turun menurun rupanya. kihkihkihkih. *perasaan*


my dad, my hero. my dad, my b0ss.


and


my dad, my ATM bank (once upon ago). hikhikhik 




detik hati LEA: boleh start fikir nak bagi hadiah apa sempena HARI AYAH nanti. hadiah untuk HARI IBU dah siap beli pun. Tunggu nak bagi je hujung minggu ni :)


 

Tuesday, May 6, 2014

homesick.

 

homesick.  

dulu, aku tak pernah kenal perkataan ini. dulu, aku kental. 

sebulan tak balik zaman sekolah, im still okay. 

dua bulan tiga bulan pun sama. 

zaman universiti pun macam tu jugak. boleh dibilang berapa kali je aku balik kampung sepanjang satu sem. 


tapi....


sejak masuk b0mba ni, aku jadi kurang kental. masa rekrut selalu rasa nak balik sangat sangat. dah keja pun sama. kalo boleh tiap-tiap minggu nak balik. 

aish.




mungkin faktor usia. kematangan. mungkin. erm.
 

 

Monday, May 5, 2014

CUTI

 

Pagi-pagi datang opis terus bukak laman web hrmis. Alhamdulillah permohonan cuti aku 12.05.2014 ni disok0ng dan diluluskan...yahoooo~!  

13.05.2014 kan cuti wesak. kiranya aku dapatlah berehat start jumaat ni till selasa. suka suka suka.! Yelah..minggu lepas 2.05.2014 aku tak amek cuti dan minggu lepas pun aku tak balik kampung sebabnya kena standby. Minggu ni aku bebas....hee. Tapi harapnya aku tak bertugas untuk menjadi pegawai operasi minggu ni. Parah kalo kena standby lagi minggu ni. Terseksa batin oke. 

plan hujung minggu ni? eheeee.... nak setelkan b0rang nikah, hiv test, amek gambar pasport bla bla. fuhfuhfuh..banyak jugak nak kena setel. harapnya berjalan dengan lancar semuanya. inshaAllah :)




bicara hati: dah jadi dua angka ni, makin cepat pulak masa berlalu. nebes nebes. fuh~!