Monday, June 30, 2014

Salam Ramdhan Al-Mubarak

 


Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Selamat Bersahur, Selamat berpuasa, Selamat berbuka dan Selamat Berterawih :)  

Railah Ramadhan kali ni seperti anda tidak berpeluang untuk meraikannya pada tahun depan. Bila berfikir segini kita akan lebih bersemangat untuk menjalankan segala amal ibadat di bulan penuh barakah ni. kaan??

Ambillah peluang untuk solat berterawih, banyakkan membaca al-Quran dan juga banyakkan ibadat sunat di bulan ini. 

Tapi tapi kurangkan makan ye. jangan sampai membazir ketika membeli juadah berbuka. Beli cukup-cukup saja. 


************************************

tahun ni 1st time berpuasa sebagai anggota bomba. Agak mencabar ketika menjalankan kerja dalam keadaan panas terik ni. Apa-apa pun, bekerja juga satu ibadat, moga diberkati oleh-Nya. 

tahun ni tahun last menyambut Ramadhan dan Syawal sebagai orang bujang. InshaAllah tahun depan sebagai ibu lak..eheeeee. Tak salah buat perancangan awal kan kan.hihihi.


 
 

Monday, June 23, 2014

Pesan Ikhlas dari bomba

 

Sebagai salah seorang anggota bomba dan penyelamat, ada beberapa nasihat yang ingin saya sampaikan kepada orang awam. Ye! kepada kamu kamu sekalian.

1. Plis Plis simpan nombor balai polis, balai bomba dan ambulans yang berdekatan dengan kawasan kamu. Alaaa...buat apa simpan, dial 999 sudah. Bukan susah pun. Yes! memang bukan susah pun, kacang je nombor tu. Budak sekolah tadika pun boleh hafal. Tapi tapi tahukah anda semua, talian 999 merangkumi semua agensi dari semua negeri di seluruh Malaysia ni. Ini bermaksud, bila anda menghubungi 999 untuk sesuatu kecemasan, operator akan berusaha untuk mencari balai-balai berdekatan dan kemudian take time untuk buat sambungan panggilan lagi. Itu yang menyebabkan salah satu faktor penyelamat lambat sampai ke rumah kalian. 

Tahukah anda, hanya 3-4 minit kelewatan bomba datang ke rumah anda, rumah anda boleh hancus musnah dilahap api. 

Bukanlah nak cakap, dial 999 tu tak membantu. Membantu cumanya ia akan mengambil masa sedikit. Well, masa amat amat berharga kan? Tapi kalo dah takde simpan nombor balai-balai berdekatan, dial 999 the last choice you have.


2. Pastikan sistem pendawaian di rumah anda yang zaman nenek moyang, yang masih belum diperbaharui, diperbaharui dengan segera. Paling selamat, buat pemeriksaan sistem pendawaian di rumah secara berkala. 5 tahun sekali takpun 10 tahun sekali. 

Banyak sangat kes kebakaran berlaku disebabkan elektrikal. Sampai sekarang pun, rasa tak tenteram duduk kat rumah atau tinggalkan rumah. Selalu akan pastikan semua suis utama ditutup terlebih dulu. Walaupun dah tutup sebelum keluar, masih terfikir lagi "eh aku dah tutup belum iron tadi ye" eh eh. Dah jadi FOBIA oke. =.='


 3. Nak lagi selamat, beli dan simpan alat pemadam di rumah. Siapa cakap kat rumah tak payah ada alat pemadam api? Alat pemadam api digunakan untuk kes kebakaran yang baru hendak bermula. Kadang-kadang tidak semua kebakaran boleh dipadamkan dengan hanya menjirus air oke. untuk kebakaran elektrik, plis jangan simbah dengan air kerana air merupakan pengalir haba yang baik, maka ia akan mempercepatkan lagi kemerebakan api. Jadi, try usaha untuk beli alat pemadam api jenis karbon dioksida atau ala pemadam api jenis serbuk kering ABC. harga? oh! im not really sure about that. heee. 


4. Bagi mereka yang mempunyai kedai besar-besar tu, seeloknya belilah insurans untuk kedai. Sekurang-kurangnya ada back up sekiranya apa-apa berlaku pada kedai korang. Beringat sebelum kena kan lagi bagus. Oh! ye, insurans nyawa pun jangan lupa beli ye ye :)

oke, cukup untuk hari ini, ada masa aku sambung lagi nasihat yang suci ihklas dari hati aku..ngehngehngeh


adios! 
 
 

Thursday, June 19, 2014

Dah makin hampir

 

 
Wow. there is only 50 days left before my BIG Day. erm erm erm.


Perasaan?

takde rasa apa. cuma excited buat preparation. Kalau boleh semuanya aku nak buat sendiri, hasil kerja tangan yang tak berapa nak kreatip neh. Bunga telur 150 bijik, dekorasi bilik tidur, bantal comel, candy buffet, gubahan hantaran dan design kad kahwin & bunting. malang sedikit, aku tak reti menjahit dan baking. Kalo tidak, langsir bilik tidur aku dah jahit sendiri dan kek kahwin aku buat dan deco sendiri. Hurm, bestnya kalo teror dua benda tu. segalanya mesti mudah dan boleh ikut citarasa sendiri. Nak tempah orang, kadang-kadang kita takkan dapat macam yang kita nak. Thats why, i prefer to Do It by Myself. Jadinya, plan jangka masa panjang, lepas kahwin ni aku nak pergi menuntut dua ilmu penting tu. 

Oh ye! Kad Kahwin sudah siap! dan aku sangat sangat sangat suka. eheee. Masa aku siap design tu rasanya tak berapa cantek, tapi bila dah siap print...wahhh kawaiiiii. tak sabar nak kasik kat orang. tengah pilih tarikh untuk edarkan..nak edar kad pun kena pilih tarikh? hohoho. mestilah, supaya tidak terlalu awal dan lambat...biar sedang-sedang gittew...kekeke