Thursday, July 31, 2014

Less than 10 days

 

 Cepatnya masa berlalu, rasanya hari tu aku baru post countdown 100 hari, kemudian 50 hari dan sekarang tak sampai 10 hari pun lagi. =.=' cepatnya cepatnya masa berjalan. 

Setakat hari ini, aku masih belum mendapat feel nak naik pelamin, mungkin sehari nak kahwin baru feel tu datang kottt. Mana feel tu lambat datang? entah. mungkin sebab aku menjalani kehidupan biasa sekarang kott. bangun pagi, balik kerja rehat pastu tidur. Nanti dekat-dekat nak kahwin datang la feel tu, sebab mungkin masa tu baru kalut buat persiapan kannn...

Doakan moga majlis perkahwinan aku nanti berjalan lancar dan dimudahkan oleh-Nya ye..

 

Wednesday, July 2, 2014

cuti raya.

 

Semalam dah buat meeting siapa yang akan balik raya dulu untuk tahun ni. Alhamdulillah rezeki berpihak pada aku tahun ni. heee. Nasib baik jugak, raya hari Isnin, jadi Jumaat sebelum tu dah boleh balik buat persiapan raya dah. 

Orang awam untungla tak pening pikir cuti raya. memang konpem dapat cuma bezanya sikit atau banyak je . Macam aku ni, memang kena bergilir setiap tahun untuk balik raya. Yelah, mana boleh tinggal kawasan begitu sahaja. Kami kan penyelamat negara, kenalah berkorban sikit. uhuks. 

Dah cakap awal-awal kat ahmad semalam, tahun depan dia kena teman aku menjaga kawasan. Nasiblah dia memahami. Tapi tu cakap jelah, taktahu la taun depan die sudi temankan aku ke tak. Kot-kot berubah fikiran. Harap-harapnya taklah, yelah takkan nak tinggal bini raya sorang2 kat kuantan kan kan. 

Untungnya aku, kampung aku tak jauh sangat pun. 1 jam lebih je dari opis. Jadinya kalo nak standby kt kampung pun oke. heee. So, walaupun taun depan takboleh balik raya, tapi sempat je cilok sejam dua jam 14 jam duk kat kampung. Ada kes baru pecut dari kampung ke tempat kes tu. vroom vroom. oh! yang pasti bukan aku yang memecut. beloved pilot aku tolong pecutkan. ngeh3. aku bukan kaki pecut, bawak kereta pun 80-100 km/j je. driver yang sangat sopan serta ayu kan.  

Ish, orang duk sibuk cerita pasal cuti raya tahun ni, sempat nak menyelit cerita cuti tahun depan pulak. =.='. okok fine.! Untuk raya tahun ni, aku hanya cuti hari pertama dan kedua sahaja. Raya ketiga dah masuk kerja. standard kerja lain. Aku malas nak apply cuti raya panjang-panjang sebabnya, aku nak sambung cuti balik minggu depannya. raya ke11 nak sambung cuti lagi. cuti khas. ehem ehem.