Friday, October 31, 2014

Dilema hari Jumaat

 

Jumaat datang lagi. Maka, aku pun dah start pening ni nak masak apa esok dan lusa. Biasalah hasben nak datang. Kena masak yang sedap-sedap. Kalo hari hari biasa takde nak kesah sangat. Biasanya pergi beli kat kedai atau pasar malam je. Takpun kalo rajin turun dapur cuma masak yang ringkas ringkas je. Selalunya aku akan masak bihun sup, bihun tomyam atau megi. Semuanya berasaskan bihun atau mee. Nak masak nasi memang taklah. Diet diet...kekekeke. 

Walau bagaimana, aku bertuah sebab ahmad bukan jenis cerewet bab makan. Bagi je makan apa, semua dia telan kecuali kayu, batu dan pasir. Dia yang cakap camtu bukan aku sengaja cakap..hehehe. Cumanya aku kena berhati hati supaya air atau makanan tidak terlalu masin atau manis je. Ahmad memang pantang sikit dengan makanan manis atau masin. 

Padahal tengah berkursus di kuala kubu bharu lagi ni tapi fikiran dah menerawang duk fikir nak masak apa...nak beli apa kat Giant petang ni. Eksaited tak sudah nak masak dan sambut sang cinta esok....heee. 


Ade idea resepi yang best best tak? Heee







 

Wednesday, October 29, 2014

A short birthday vacation.

Assalamualaikum wbt.


Seperti yang diwar-warkan di entri lepas, aku dah buat plan romantika de amor untuk sambut besday aku dan ahmad sama sama memandangkan besday kami dekat dekat. Birthday aku 24 oktober dan ahmad 26 oktober...jadi aku decide kami celebrate besday on 25 oktober..tengah tengah gitu..hikss dan lokasinya adalah tempat yang sejuk iaitu Cameron Highlands.


Hasben semangat bawak aku pergi sini. Katanya ade tempat cantek untuk bergambar.  Okay.ternyata memang cantek pun. Cuma stress jalan tak berapa nak elok. 

Hasben bawak aku ke Boh Plantation di Sungei Palas, 4 km dari Brinchang untuk sambut birthday.  Sangat cantek dan nyaman. Lagi best sebab kami dapat seat di penjuru anjung cafe tu. Harga makanan kat situ okla. Cuma harga teh yang agak macam sikit. Padahal dah ladang teh, patutnya bagi la murah takpun free je kan kan....



Hepi belated birthday to me. 


And hepi belated birthday to him :)




Actually ini kali pertama aku datang ke Cameron Highlands. Dan aku rasa nasib baik lah aku tak berhoneymoon kat sini dulu. Rasanya honeymoon kat pulau lagi best dari honeymoon di tempat sejuk ni. Bila kat tempt sejuk rasa pasif je. Tambah tambah aku ni jenis tak tahan sejuk. Hee. Ni pun rasa macam nak demam je..hukhukhuk

Tapi walau bagaimanapun, aku tak menolak kalo hasben ajak berdatim kat cameron highlands ni lagi. Hee. Banyak lagi tempat tempat best yang tak sempat nak diterjah. Hari tu masa terhad sangat, kami pergi dua hari satu malam. Esokkannya, aku kena lapor diri untuk berkursus seminggu di kuala kubu Baru. 

Yang kesiannya, hasben boleh pulak tersesat lepas hantar aku di kuala kubu bharu. Boleh pulak dia ter'naik' Bukit Fraser. Memang risau giler time tu. Dah la malam pastu dia sorang2 pulak tu..huhu. tapi pape pun syukut Alhamdulillah dia selamat jugak sampai ke terengganu.

Sekarang tengah mood berkursus. Tak sabar nak menanti hari sabtu ni untuk berjumpa sang cinta lagi...hee ~!



Tuesday, October 21, 2014

CUTI

 

"Bos, khamis ni saya nak cuti."

"Kamu ni raya india pun sambut ke? Raya haji hari tu dah cuti"

"Saya tak jadi cuti hari tu bos. Tak cukup orang, jadi saya masuk kerja"


*****************  

Ayat boss agak sentap, tapi aku tau boss gurau je tuu dan cuti tetap akan diteruskan. Dah siap beli tiket nak balik malam ni dah pun..ngehngehngeh. Bila dah macam ni, nampaknya terpaksa cancel untuk amek cuti sekali lagi 7 November ni. Baru plan nak ikut hasben pergi kenduri kawen sepupunya di Bangi. Melepas peluang nak sopim di KL. sobs.! Terpaksa cancel sebab boss pergi kursus time dan aku kena jaga opis. Moga semasa ketiadaan boss, tiada bencana alam melanda. Kalo tidak..nahas aku. Pengalaman masih ciput untuk 'lead' sebarang operasi. huhu. 

Malam ni boleh ketemu Ahmad lagi. Padahal baru last ketemu semalam, tapi rindu dah membuak-buak di dada. Entah bilalah masanya kami dapat hidup sebumbung. Kadang-kadang terasa nak jadi suri rumah sepenuh masa je. Boleh bagi full komitmen kepada Ahmad dan bakal anak-anak kami. Hurm, takpela...mungkin ade rezeki selepas ni. inshaAllah :) *think+ve*

Tak sabar menanti hari hari esok. tiga hari lagi birthday aku, pastu lusanya pulak birthday Ahmad. Aku dah siap susun plan romantis de'amor untuk celebrate besday sesama tahun ni..hihihihi.



 

Monday, October 20, 2014

Berat Badan.

 

Zaman belajar dulu, aku jarang mengambil berat mengenai berat badan. Cumanya bila terasa badan dah naik sedikit, pipi dah jadi macam ikan buntal, baru aku terhegeh-hegeh nak berdiet dan jogging bagai. Pastu dua tiga minggu, lupa balik misi menurunkan berat badan. Makan banyak-banyak balik. Memang dasar semangat hangat hangat tahik ayam. 

Tapi sekarang bila dah jadi anggota unit beruniform, nak tak nak aku kena amek berat tentang berat badan aku. Tambah tambah bmi akan dikira untuk kenaikkan pangkat >.<.

Zaman rekrut dulu pun, badan tak berapa nak kecut sangat. Walaupun, setiap hari kena lari hampir 4.8 km. Kena perah keringat peluh. Tapi tak turun banyak pun. Tiap kali balik kampung, melantak semua jenis fast food. Tu yang tak berhasil tu...=.='

Sekarang dengan nekad dan azam, aku rasa perlu untuk membuang 10 20 kilo lemak tepu kat badan. Erm ada sesiapa nak tak? kang best kalo boleh donate lemak kannn...

Ni gara-gara jeles tengok kerampingan pinggang cik epal. jeles seyh! Aku kenal dia dulu time badan dia gebu gebu apam. Bulan lepas, terlintas blog dia..pergggh! Slim siot cik epal sekarang..jeles jeles! 

Aku ingat lepas ni, aku pun nak amalkan clean diet. Bagus diet ni. Selain dapat kurangkan berat, dapat juga kurangkan risiko untuk mendapat penyakit yang berbahaya. Kegemukkan boleh mengundang kepada penyakit...

Jadi...jom mulakan gaya hidup sihat.krikkrikkrik.


 

Thursday, October 16, 2014

Review Kerjakahwin Part 1 - Deal Secara online memudahkan kerja.

 

 
Ikutkan kahwinnya dah nak masuk 3 bulan tapi baru terasa dan kepingin nak bercerita pasal kenduri aku. ngeh3. Okay la baru 3 bulan, belum setahun lagi. kehkehkeh. 

Totally, aku sangat sangat berpuas hati dengan everything about my wedding. Dari pakej pelamin+busana, photography, catering, kad kahwin, kek kawen, kanopi. Cuma kenduri belah hasben je aku sedikit terkilan. Sebabnya erm erm TUDUNG TAK BERBENTUK DENGAN ELOK. Uwaaaa! Orang perempuan ni, kalo tudung tak menjadi, terus hilang m0od. Sedih sangat. Gambar dah cantek, posing pun dah lawa tapi sayang tudung tak menjadi..grrr~! Okay, lupakan pasal tudung, proceed kepada hal seterusnya...hikhikhik.

Kalo korang nak tahu 90% dari persiapan kahwin means kenduri belah aku, aku just deal atau 'book' tru facebook je. Facebook okay. Takyah penat g survey setiap kedai yang ada di area kemaman. Cuma untuk kanopi je, aku amek no fon pakcik kanopi dari member aku. Aku akui ada juga yang taknak percaya tau yakin dengan khidmat-khidmat atau kedai online. Tapi aku percaya je dan alhamdulillah sepanjang aku berurusan dengan orang 'tru' facebook tiada yang mengecewakan. 

Tapi untuk kerjakahwin ni, seeloknya carilah kedai-kedai yang berdekatan rumah. Macam aku, aku survey facebook facebook mak andam seluruh kemaman, kemudian bila dah yakin dan tertarik dengan harga-harga ditawarkan. Aku terus deal dan kemudian bila ada masa free aku terus bersua muka dengan mak andam. Seeloknya berjumpa terlebih dulu dengan orang-orang yang bakal kita berurusan, kalo boleh 6-7 bulan sebelum kenduri. At least, sekiranya jika kita tak berpuas hati atau tidak yakin dengan orang tu (mungkin selepas kita tengok dari segi personaliti atau barang-barang dia), kita masih ada masa untuk cari orang lain pulak...betul tak betul tak?

Bagi yang tengah plan nak menikah atau bertunang atau merisik atau nak buat kenduri apa-apa pun, aku sugget untuk korang join mana-mana group yang berkaitan dengan 'perkahwinan'. Yang paling aku suggest adalah group "All About Majlis Perkahwinan" (closed gorup). Sebelum menikah dulu, hampir setiap hari aku akan bukak pages ni. Kat situ ramai yang akan promote khidmat atau barang masing dari mak andam, photog, kad kahwin, gubahan hantaran, photobooth, candy buffet dan pakej doorgift. Boleh la kalo nak cari idea-idea untuk kerjakahwin. Selain itu, kat situ juga korang boleh tanya apa-apa yang korang perlukan dengan ikut harga kemampuan korang dan dekat dengan area rumah korang. erm faham tak dengan ayat aku ni? hahahaha. okay takpe takpe aku bagi contoh. 

"Saya memerlukan khidmat photog untuk majlis pertunangan saya 14 mei ini. Kalo boleh harga di bawah RM1000 dan area sungai buluh"

Nanti akan ada yang mengomen. Sama ada menawarkan khidmat masing-masing atau ada yang suggest photog-photog tertentu. Kan ke mudah tu, tak payah nak berhujan berpanas g survey kedai satu satu. 

Next entri aku akan bercerita mengenai pakej mak andam yang aku amek. Next next entri aku akan cerita pasal catering, kad kahwin dan so on. heee. okay adios! 


 

Thursday, October 9, 2014

Oktober.

 
Oktober datang lagi! Walaupun agak lambat untuk ucapkan Hai! Hai! Oktober. Tapi rasanya tidak mengapa..heee. 

Bulan Oktober mengingatkan aku pada detik perkenalan kami. Aku dan Ahmad mula berkenalan pada Oktober 2011. Kebetulan besday kami hanya beza dua hari. Aku 24.10, manakala Ahmad 26.10. Jadinya Oktober 2011, kami sambut besday sama-sama dan masa itu masih atas tiket KAWAN.....BARU. ngeh3. Aku masih ingat, pada masa itu. NO BIRTHDAY CAKE. NO MAKANAN SEDAP2. Hanya sambut di kedai makan biasa. Sebabnya, masa itu aku ON DIET. Dalam proses nak kurangkan berat untuk ujian fizikal bomba bulan November 2011. Dan alhamdulillah, aku berjaya ujian itu. Maka, Oktober Oktober tahun seterusnya, adalah BIRTHDAY CAKE pada hari lahir kami..hihihi. 

Kini sudah Oktober 2014, bermakna genap 3 tahun perkenalan kami. Sepanjang tiga tahun bersama, terlalu banyak kenangan pahit manis bersama. Ahmad adalah penyokong tegar aku sehingga aku berjaya menjawat jawatan hari ini.  Dan yang paling penting, alhamdulillah aku dan Ahmad pun sudah sah menjadi yang halal pada 9 Ogos 2014. Ikutkan nak menikah pada 25 Oktober 2014, kiranya sekali harunglah - potong kek kahwen dan kek besday sekali. Tapi tapi benda baik buat apa nak dilewat-lewatkan. Boleh kurangkan dosa dan tambah pahala banyak-banyak kannnnn..hiks!



 ilapu my hubby muchie muchie!