Thursday, June 18, 2015

Bermulanya Ramadhan.

 
Salam Satu Ramadhan.

Alhamdulillah dapat juga bertemu Ramadhan sekali lagi tahun ni. Tahun lepas sambut Ramadhan sebagai tunang orang, kemudian seminggu selepas Syawal selamat menjadi isteri orang. Tahun ni pulak sambut Ramadhan sebagai isteri orang dan dalam beberapa minggu lagi sebagai ibu orang. hihihi. Syukur atas nikmat yang Allah bagi :)

Berdebar-debar je nak tunggu si kecik keluar melihat dunia. Kadang tak sabar, kadang rasa takut nak bersalin. Sampai satu tahap terfikir, aci tak kalo tak bersalin tapi tiba-tiba dah ada baby. hehehe. Punyalah risau dan takut. Tapi  itu semua kena lalui juga kalo nak jadi seorang ibu dalam erti kata yang sebenar kan...heee. 

Puasa kali ini agak mencabar sedikit sebabnya aku WAJIB bangun sahur dan WAJIB makan nasi time sahur. Kalau tidak, lembik badan dan kesian kat baby. Biasanya dulu, aku sahur makan roti je pun takpun minum air je. Tapi sekarang kena fikir baby la pulak. Nak makan apa-apa kena fikir pasal baby. Itu belum masuk bila dah menyusu baby nanti. Tapi takpe, janji baby sehat dan maintain comel nanti. eh?! hihihi. 

Disebabkan aku dah sahur makan nasi, jadinya waktu berbuka aku cuba nak elak makan nasi. Makan mee atau karbohidrat lain yang sedap dan mengenyangkan. Nampaknya jenuhlah nak meng-google resepi mee-mee yang sedap untuk juadah berbuka. Gigih dan rajin je kan nak masak sendiri. Takpe, untuk seminggu je pun sebabnya minggu depan dah start cuti panjang dah. 

So, aku dah plan nak masak mee rebus terengganu untuk berbuka hari ni. korang pulak plan nak beli/masak apa untuk berbuka hari ni?

 

 

Wednesday, June 17, 2015

Jelajah Makan Sedap #1 - Sara Boat Noodle Kuantan.



Biasa tengok kengkawan yang berada di area Kuala Lumpur/Selangor seronok menikmati Boat Noodle bermangkuk-mangkuk di Empire Damansara. Tahap mampu buat air liuh meleleh jugak. Tambah-tambah aku ni jenis suka makan pelbagai jenis mee yang berkuah. 

Tapi siapa sangka, rupanya kat Kuantan ni pun hadoo. Nasiblah junior KMJ post kat facebook pasal Restoran Boat Noodle di Kuantan. Kalo tidak sampai beranak pun aku taktahu kot. >.<

Jadi, bagi mereka yang berada di Pantai Timur terutama Kuantan dan Kemaman yang teringin sangat ingin mencuba Boat Noodle, bolehlah terjah Restoran Sara Boat Noodle, betul betul bersebelahan dengan Restoran Sara Thai, Jalan Gambut. Aku agak Restoran Sara Boat Noodle ni adik beradik dengan Restoran Sara Thai (ada 3 cawangan di Kuantan) dan satu lagi Restoran Sara Suki & BBQ (menawarkan makanan jenis steambot). 


Ini dia - Restoran Sara Boat Noodle bersebelahan dengan Kedai Makan Sara Thai Cawangan di Jalan Gambut tau, jangan tersalah cawangan pulak. 


Satu mangkuk mee, hanyalah RM1.90 semangkuk. Murah amat kan. Ada dua jenis mee - Dried Noodle dan Soup Noodle. Untuk kedua-dua mee ni, ada pilihan sama ada nak ayam atau daging. Patutlah aku dengar, at least kena makan 4 mangkuk seorang. Kena try satu satu iaitu Beef Dried Noodle, Chicken Dried Noodle, Beef Soup Noodle dan Chicken Soup Noodle. 


Beef Soup Noodle. - Meatball dia sedap. Daging pun lembut je. Aku lagi suka Beef Soup Noodle ni. Lepas ni kalo datang lagi, nak order menu ni sahaja bermangkuk-mangkuk. 


Chicken Soup Noodle - Bagi yang takmakan beef, boleh cuba yang ni. 

Untuk Dried Noodle, lebih kurang Soup Noodle je. Cumanya kuah asing dan ditabur kacang. Gambar takde. Ampun.

Okay, ini satu lagi menu yang terbaik di Sara Boat Noodle - Pulut Durian. 


 RM10 semangkuk. Pulut lemak penuh berkrim. Durian pun segar. 

Semalam mula-mula sampai kami order, dua mangkuk mee untuk setiap seorang. Seorang pilih satu jenis dried noodle dan satu jenis soup noodle. So, total noodles - 6 mangkuk plus satu mangkuk pulut durian. 


Tapi last-last, total noodles bertambah menjadi 9 mangkuk kecil dan 1 mangkuk besar. Bertambah-tambah seorang makan. Maka jadilah mangkuk bertingkat-tingkat. Aku agak kalo duduk lama, lagi bertambah-tambah. adeh =.='.


Blurppp! Kenyang sudah. Boleh angkat kaki, punggung badan semua. 

Oh ya! Lupa nak bagitahu air kat sini pun sedap-sedap. Aku order air Green Tea. Green tea tu dicampur dengan susu dan ditambah ais. Rasa lebih kurang macam Teh Ais. Cuma yang best, warna airnya hijau. Macam air honey dew blended je. Err, gambar lupa nak snap. 

Total makan semalam = 9 mangkuk kecik mee + 1 mangkuk mee special + 1 mangkuk pulut durian + 2 air Green tea = RM 38.20 sahaja. 

Murah kan? Sangat puas hati dan kenyang amat. 

So, highly recommended for those yang suka mee dan soup. heee. Bagi yang berminat boleh terjah ke sini. Sangat berbaloi-baloi hokeh! 


Restoran Sara Boat Noodle
A7 Jalan Gambut 3, 
Kampung Kuantan, Pahang
Waktu operasi dari pukul 12.30 tengah hari hingga 11.30 malam. 
Facebook Restoran Sara Boat Noodle : KLIK SINI!





Monday, June 15, 2015

Period? No worries.


Lagi dua hari, Ramadhan al-Mubarak bakal menjelang tiba. Harapnya kaum seangkatan dengan aku sudah berjaya melunaskan hutang tahun lepas ye. Tutup buku hutang lama dan get ready dengan buku hutang baru. eheee. Apa buleh buat, sudah nasib kita. Apa-apa pun Allah SWT tetap sayang kita. :)




So, kat sini nak share panduan dan aktiviti yang buleh dilakukan kaum hawa sekiranya datang period atau nifas. At least, walaupun tak mampu untuk kumpul pahala berpuasa, solat berjemaah atau solat sunat teraweh, ada lagi aktitivit yang mampu kita buat sepanjang bulan Ramadhan ni. Yang penting, jangan malas-malas, jangan lupa Allah dan jangan sia-sia keberkatan Ramadhan yang hanya datang sekali setahun. InshaAllah. 

1. Rajin bersedekah dan bila bersedekah, diamkan saja tak perlu diheboh-hebohkan. Aku pernah terbaca dulu, ada baiknya kita bagi duit raya pada bulan Ramadhan. Bagi duit raya semasa Ramadhan lagi berlipat ganda pahala berbanding bagi di pagi hari Raya. So, untuk keluarga dan saudara terdekat seeloknya cuba kita bagi duit raya sebelum menjelang raya. InshaAllah dapat pahala lebih tetapi harapnya penerima duit raya tu tidak tuntut lagi di pagi Raya ye. 


2. Banyakkan mendengar bacaan surah al-Quran, memandangkan membaca Quran juga haram kita berhadas besar. Dengar sahaja pun dapat pahala. Untuk bulan puasa nanti, kita cuba pasang bacaan surah-surah al-Quran instead of dengar lagu-lagu jiwang melayu/omputih yang melalaikan. 


3. Cuba refresh balik bacaan surah-surah hafazan. 


4. Banyakkan membaca buku yang berfaedah, bukan buku yang melalaikan contohnya majalah Mangga. =.='


5. Basahkan bibir dengan zikir. Kurang bersembang,. bergosip. 


6. Hadiri usrah atau kuliah agama. 


 7. Memasak untuk mereka yang berpuasa. Kalo tak sempat atau tak rajen, tolong belikan juadah kat bazar Ramadhan pun oke. 



8. Habiskan masa dengan mereka yang sentiasa ingatkan Allah. 


9. Banyakkan berdoa. Berdoa untuk perkara yang baik-baik sahaja. 



Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak. 
Banyakkan pahala, kurangkan dosa. 



nota kecil: Tahun ni entah berapa hari je mampu berpuasa sebab segalanya bergantung kepada baby. Entah bila dia nak keluar ni. 




Thursday, June 11, 2015

Bento.



Peringatan awal. Entri ini berkaitan dengan bento dan tiada kaitan langsung dengan Beto Khusyairi. Harap maklom!. 


taraaaa~! these my bento for today =)


Nasi putih + Ketam masak merah + sayur taugeh campur mushroom. Ketam tu aku beli seekor rm9.30. Tu beli mentah tu, kalo dah siap masak entah berapa ringgit habes. 

Sejak dua tiga menjak ni, rajen pulak aku masuk dapur. Taktahu sama ada bawakan budak atau sikap terpendam aku yang memang rajen masuk dapur. kekekekeke.~!

Entah. Sejak akhir ni, rasanya lagi berbaloi-baloi kalo bawa bekalan dari rumah. Jimat duit, jimat masa dan janji puas hati.  

Harapnya, sikap rajen aku ni berlarutan sehinggalah seterusnya walaupun dah ada baby nanti. Harap buleh manage masa nanti. InshaAllah. 



 

Wednesday, June 10, 2015

Tunggu Hari Jer.

 

Pergh! Pergh! Lama gila tak hapdate blog. Malas yang amat. Mood pun asyik ke laut jerk~! Jeles betul tengok blogger blogger yang gigih hapdate blog tiap masa. Rindu zaman gigih+rajen gitu jugak! 

Tapi okay la kot, still ade jugak post untuk tahun 2015 ni walaupun beberapa bijik post je. heee. 

Sedar rak sedar, hari ni dah masuk 35 minggu 3 hari usia kandungan aku neh. Sikit masa lagi baby nak kuar. Tak sabar nak tengok baby tapi dalam masa yang sama takutt. Takutt nak bersalin opkos. Takut tak reti jaga budak kecik jugak..heee. Tapi itu semua pengalaman yang perlu ditempuh oleh seorang wanita kannn..hikhikhik. Harapnya takde masalah ketika delivery baby nanti. Baby pulak sehat walfiat + bebas dari sebarang penyakit dan cukup sifatnya. InshaAllah. :)

Nah, aku belanja sekeping gambar montel aku bersama perut buncett. Saja aku sembunyi sikit badan aku celah hasben, takmo bagi nampak kebambam-an melampau aku neh.


Sejak mengandung ni, berat aku naik nak dekat 20 kilos dah. Adeh mak~! Harapnya boleh kembali langsing selepas pantang nanti. Kalo tak terpaksa tempah uniform keje baru. T___T

Okay, tak sabar nak menunggu gaji bulan ni. Sebabnya, sehari selepas gaji aku start cuti...weee~! Harapnya baby ni sabar jugak menunggu gaji ye. Jangan keluar dulu ye nak. Kita balik kampung dulu, sopim baju raya untuk tokki tokma dan paksu dulu neh neh. Taun ni, kita takde baju raya nak, tunggu raya haji jela nanti yee. Masa tu, inshaAllah leh la pakai sedondon satu keluarga...hihihi.

Taun lepas takde raya untuk aku sebab sibuk prepare nak kahwin. Taun ni pulak sebuk berpantang. Harap taun depan takde sebuk apa-apa. hee. InshaAllah..Moga panjang umur.



 

Tuesday, March 17, 2015

Jubah yang Selesa dan Superduper Best!

 
Ada sesiapa kat sini penggemar Jubah? Ada? Oh! anda lelaki..takpe takpe mungkin bini atau kekasih atau ibu anda penggemar jubah..

Aku merupakan salah seorang penggemar jubah. Bagi aku, pakai jubah ni senang main sarung jela. Kalo tak jubah, pakai maxi dress pun best. Tambah-tambah dengan keadaan aku sekarang ni. Memang nak kena kumpul banyak jubah atau maxi dress. Pakaian mengandung? Sori tak layan. Malas ah nak membeli. Macam membazir je. Nanti dah tak pregnant konpem tak pakai dah. 

SO, kat sini aku bagitahu aku sudah jatuh cinta dengan Jubah Abaya Sifu. Pergh! material dia sangat best. Tak panas dan tak melekat. Sesuai dengan misi visi company ni iaitu menghasilkan jubah yang memenuhi syariat Islam. 

"Kepakaran SiFu adalah membantu muslimah terhindar dari dosa besar tidak menutup aurat dengan berABAYA SIFU."

Terdapat banyak design yang dihasilkan oleh Abaya Sifu ni. Yang specialnya kaler yang kita nak dan mempunyai saiz dari XS sehinggalah 10XXL. Pergh! Memang sesuai untuk semua jenis bentuk badan. Jubah Abaya Sifu ni custom made dan bukan ready made. Thats why, kita boleh request macam-macam tapi dengan syarat kena bayar lebih la..ngeh. 

 Ini design yang terbaru. Cantek kan! Tapi aku lebih suka yang simple-simple macam kat bawah ni. 


Simple tapi cantek sangat! 

 
 Yang ni pun cantek! Gabungan kaler dia pun comel2 je. 



Yang ni nampak sangat elegen, Sesuai pakai untuk mana-mana event takpun pakai pergi ofis pun okay. Pendek kata, semua design-design Jubah Abaya SiFu memang cantek, gojes dan dab0m.! Harga pun berpatutan antara RM100-RM170 je sehelai dan kalo bernasib baik dapat beli dengan harga yang superduper murah. Tapi kena tunggu promosi laa...

Macam aku hari tu, aku beli time promosi, dapat harga RM49 je sehelai..apa lagi, grab laju laju. hee. 


Pakai jubah ni, feeling ala-ala Princess gittew.  Sebabnya, kain jubah ni beralun-alun je time berjalan. memang best! Aku plan nak order jubah Palestin ni pulak lepas ni. Dah lama jatuh cinta dengan design jubah ni. Tambah-tambah kaler hitam. Pakai hitam, boleh nampak kuwusss. kekekekeke. Tapi tapi kena tunggu gaji dulu. Dah semputtt neh.~!


 Kepada mereka yang berminat, boleh la try usha facebook Jubah Abaya.



 


 

Wednesday, February 25, 2015

Resepi Apam Dewa Mudah dan Lembut

Assalamualaikum wbt.   

 Macam mana cuti korang? Best tak? Banyak makan tak? Ke banyak sopim mopim? Cuti aku best je. Best la sebab dapat luangkan masa dengan tersayang, pagi petang siang malam dating sampai krem kaki. Dan lucky en Ahmad sudi tolong urutkan kaki dan kepala. Ternyata dia memang seorang tukang urut yang mantopp! 

Cuti hari tu sempat jugak aku menuntut ilmu mengapam apam dewa dengan kakak ipar. Mudah amat rupanya dan hasilnya sangat gebuss!. Dan sebelum balik Kuantan sempat pulun buat 3 bijik - sebijik tinggal kat umah mertua, sebijik bagi kat mak sedara dan kakak, sebijik lagi bawak balik Kuantan. Dari pagi mengapam sampai mak mertua tegur, 

"Lea ni tak jadi balik dah, duk buat apam je" 

heee =D

Kat sini, aku nak kongsi resepi membuat apam dewa yang gebus gebas lagi mudah amat!

Bahan-bahan:-

6 biji telur
1 cawan gula
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar ovalette
2 sudu kecil susu pekat
Pewarna
sedikit mentega untuk dioles pada loyang. 

Cara-cara:-

1. Pukul telur, gula, ovalette dan susu hingga kembang, hingga menjadi warna putih.

2. Masukkan tepung gandum gandum dan kacau sebati. 

3. Masukkan pewarna. Masukkan ke dalam loyang yang telah disapu mentega. 

4. Kukus selama 30 minit. 

SIAP!!!. 




Mudah je kan kan kan..SO boleh la mencuba lepas ni..heee..Malam ni ingat nak mencuba buat Apam Susu pulak. Resepi pun lebih kurang, kurang lebihkan susu pekat saja. 


Wednesday, February 18, 2015

Selamat bercuti dan Gong Xi Fatt Chai


 Assalamualaikum wbt.

"Yeay, es0k raya! Malam ni makan besar.!" - jerit seorang amoi belakang rumah. 

Ye Ye! Selamat Tahun Baru Cina. Gong Xi Fatt Chai buat mereka yang menyambutnya. 

Orang sebuk balik raya, aku pun sebuk nak balik raya jugak. ngeh3. Ala rasanya bukan aku sorang kottt, kamu kamu semua pun sama kan kan?

Apa-apa kepada yang memandu jauh tu, drive safe. Biar lambat sampai ke destinasi, asalkan sampai dengan selamat. Selamat bercuti dan menghabiskan masa bersama tersayang =)

Hari ni aku mintak balik awal dengan bos. Nasiblah bos memahami. Kan aku cakap bos aku tersangat baiikkk. hihihi. 

"Bos saya nak mintak balik awal esok sebab bla bla bla."

"Yelah, balik lah. Pergilah beli daging, buat rendang. Malam ni jangan lupa bakar lemang bla bla bla"

hehehehehehe. 




"Ini tahun, tahun wa. Lain tahun, tahun lu pula ma"






Tuesday, February 17, 2015

Dua tahun sudah.




 Assalamualaikum wbt.

 Entry pertama di tahun 2015. 

Sedar tak sedar hari ni sudah pun 17 Februari 2015. Ini bermakna..

Sudah hampir 2 tahun aku bergelar anggota b0mba. Mula lapor diri pada 15 Februari 2013 di Akademi Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu. Rekrut setahun dan mula bertugas di JBPM Negeri Pahang pada 4 Februari 2014. Semuanya bulan Februari. Bulan Cinta. 

best ke kerja bomba?

Best ke? Ntah. Taktahu nak jelaskan. Kadang rasa menyesal masuk bomba. Kadang rasa seronok. Kadang rasa, Kenapa perlu nak mengeluh? Bersyukur jela dengan apa yang Allah bagi. Kan lagi bagus. Tapi apa pun, aku suka bekerja di Pahang. Dapat anak buah yang baik, walaupun kadang-kadang sangat nakal tetapi kerja tetap bagus. Bos dan bini b0s pun tersangat baik. Aku pun dah anggap macam ayah dan mak aku sendiri je. Opismate lain pun baik-baik semuanya. Makcik cleaner pun baik. Selalu bagi aku minum air kelapa. Supaya terhindar daripada penyakit katanya..hihi. 



Dah hampir sebulan tak pakai uniform pergi kerja. Rindu pulak nak sarung uniform. Tapi apa boleh buat, badan makin gemukkkk.!

fuh fuh fuh fuh~!



p/s: Yeay!! Esok balik jumpa toklaki... wink wink. ;)