Wednesday, February 25, 2015

Resepi Apam Dewa Mudah dan Lembut

Assalamualaikum wbt.   

 Macam mana cuti korang? Best tak? Banyak makan tak? Ke banyak sopim mopim? Cuti aku best je. Best la sebab dapat luangkan masa dengan tersayang, pagi petang siang malam dating sampai krem kaki. Dan lucky en Ahmad sudi tolong urutkan kaki dan kepala. Ternyata dia memang seorang tukang urut yang mantopp! 

Cuti hari tu sempat jugak aku menuntut ilmu mengapam apam dewa dengan kakak ipar. Mudah amat rupanya dan hasilnya sangat gebuss!. Dan sebelum balik Kuantan sempat pulun buat 3 bijik - sebijik tinggal kat umah mertua, sebijik bagi kat mak sedara dan kakak, sebijik lagi bawak balik Kuantan. Dari pagi mengapam sampai mak mertua tegur, 

"Lea ni tak jadi balik dah, duk buat apam je" 

heee =D

Kat sini, aku nak kongsi resepi membuat apam dewa yang gebus gebas lagi mudah amat!

Bahan-bahan:-

6 biji telur
1 cawan gula
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar ovalette
2 sudu kecil susu pekat
Pewarna
sedikit mentega untuk dioles pada loyang. 

Cara-cara:-

1. Pukul telur, gula, ovalette dan susu hingga kembang, hingga menjadi warna putih.

2. Masukkan tepung gandum gandum dan kacau sebati. 

3. Masukkan pewarna. Masukkan ke dalam loyang yang telah disapu mentega. 

4. Kukus selama 30 minit. 

SIAP!!!. 




Mudah je kan kan kan..SO boleh la mencuba lepas ni..heee..Malam ni ingat nak mencuba buat Apam Susu pulak. Resepi pun lebih kurang, kurang lebihkan susu pekat saja. 


12 comments:

Ezy Loy said...

bestnyeeeeeee..

Shiqin Sunshine said...

Comel je warna apam...hewhew...
Jemput singgah blog ;) salam perkenalan

Kira Sakura said...

senang aje. boleh try jugak la nanti. kot boleh buat tiga bijik apam jugak nanti ekekekeke :p

nuyui a.k.a miss YUI said...

Sng n sdp...

Eza Boom Boom said...

insyaAllah nak try jgk. hee.

Anak Wak Mail said...

dapnye apam..xnak buat sendiri..nak lea buatkan..hihi

Aisya A. said...

tengok cam sedap je. hehe

Asrul "iLham" Sany said...

post sekilo apam hehehe

cEro said...

Lamanya tak makan apam camtu...
Terliur plak nengoknya...hehehe

Puteri Beribiru said...

senang je buat rupanya..bahan pun tak banyak. janji hado ovellete tu ye dak. bestnyaaaa nak jugakkk

yen(toka ziizokukuto) said...

amboi,,besar tahp dewa apam tuh,,potong macam kek,,biasa tengok letak dalam cup,,comel comel,,hihi,,
btw,,salam perkenalan..

Aujinz said...

Dah lama tak makan apam....
blik kerja ni nak kena cari laa jugak.. huhuhu