Thursday, June 18, 2015

Bermulanya Ramadhan.

 
Salam Satu Ramadhan.

Alhamdulillah dapat juga bertemu Ramadhan sekali lagi tahun ni. Tahun lepas sambut Ramadhan sebagai tunang orang, kemudian seminggu selepas Syawal selamat menjadi isteri orang. Tahun ni pulak sambut Ramadhan sebagai isteri orang dan dalam beberapa minggu lagi sebagai ibu orang. hihihi. Syukur atas nikmat yang Allah bagi :)

Berdebar-debar je nak tunggu si kecik keluar melihat dunia. Kadang tak sabar, kadang rasa takut nak bersalin. Sampai satu tahap terfikir, aci tak kalo tak bersalin tapi tiba-tiba dah ada baby. hehehe. Punyalah risau dan takut. Tapi  itu semua kena lalui juga kalo nak jadi seorang ibu dalam erti kata yang sebenar kan...heee. 

Puasa kali ini agak mencabar sedikit sebabnya aku WAJIB bangun sahur dan WAJIB makan nasi time sahur. Kalau tidak, lembik badan dan kesian kat baby. Biasanya dulu, aku sahur makan roti je pun takpun minum air je. Tapi sekarang kena fikir baby la pulak. Nak makan apa-apa kena fikir pasal baby. Itu belum masuk bila dah menyusu baby nanti. Tapi takpe, janji baby sehat dan maintain comel nanti. eh?! hihihi. 

Disebabkan aku dah sahur makan nasi, jadinya waktu berbuka aku cuba nak elak makan nasi. Makan mee atau karbohidrat lain yang sedap dan mengenyangkan. Nampaknya jenuhlah nak meng-google resepi mee-mee yang sedap untuk juadah berbuka. Gigih dan rajin je kan nak masak sendiri. Takpe, untuk seminggu je pun sebabnya minggu depan dah start cuti panjang dah. 

So, aku dah plan nak masak mee rebus terengganu untuk berbuka hari ni. korang pulak plan nak beli/masak apa untuk berbuka hari ni?

 

 

15 comments:

amsran said...

salam ramadhan... moga ramadhan tahun ini dipermudahkan... follow blog ini

MizzTina said...

wahh, dh plan masak utk berbuka.. akak xplan lg..

JR said...

Salam Ramadhan utk Lea dan keluarga..

Tukang Karut said...

selamat berpuasa...

afzalsukasuki said...

janji makan tau. buat masa ni tak perlu nak diet sgt sbb baby masih dalam kandungan :) takut baby tak dapat nutrisi yg cukup je nanti :)

apa2 pun selamat menyambut ramadhan al mubaraq ye :)

Hafizin Jamil said...

weee.. bakal jadi ibu tu. tahniah. moga2. syawal nanti dapat dengan baby da. :)

Fendi Rocka said...

tahniah Lea

tiga lalat said...

salam ramadhan, tahniahnya ;p

psst. kawen tu sonok, nak jaga perkawenan tu yg tak sonok, gudluck yee

ewanthology said...

pengalaman baru la ye.. selamat berpuasa

Zyra Roxx said...

selamat berpuasa Lea ^_^

Nafardz said...

smoge bersedia menjadi ibu :)

Cik TeN10 said...

Mengikut kata adik fatin merangkap seorang nurse, makan roti lebih tahan lama berbanding nasi. Kadang2 time sahur xlalu nk mkn nasi so fatin makan roti sekeping, kurma sebijik and minum susu. Alahmdulillah ok je sampai berbuka :) nak tahan lagi makanlah oat. Oat paling tahan sekali. 2nd roti diikuti dengan nasi. Try la :))

A Girl Like You said...

salam ramadhan & dah nak masuk syawal :p

Blogwalking sini ♥

zulhilmitempoyak said...

makkin excited kannnn...

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)