Wednesday, June 17, 2015

Jelajah Makan Sedap #1 - Sara Boat Noodle Kuantan.



Biasa tengok kengkawan yang berada di area Kuala Lumpur/Selangor seronok menikmati Boat Noodle bermangkuk-mangkuk di Empire Damansara. Tahap mampu buat air liuh meleleh jugak. Tambah-tambah aku ni jenis suka makan pelbagai jenis mee yang berkuah. 

Tapi siapa sangka, rupanya kat Kuantan ni pun hadoo. Nasiblah junior KMJ post kat facebook pasal Restoran Boat Noodle di Kuantan. Kalo tidak sampai beranak pun aku taktahu kot. >.<

Jadi, bagi mereka yang berada di Pantai Timur terutama Kuantan dan Kemaman yang teringin sangat ingin mencuba Boat Noodle, bolehlah terjah Restoran Sara Boat Noodle, betul betul bersebelahan dengan Restoran Sara Thai, Jalan Gambut. Aku agak Restoran Sara Boat Noodle ni adik beradik dengan Restoran Sara Thai (ada 3 cawangan di Kuantan) dan satu lagi Restoran Sara Suki & BBQ (menawarkan makanan jenis steambot). 


Ini dia - Restoran Sara Boat Noodle bersebelahan dengan Kedai Makan Sara Thai Cawangan di Jalan Gambut tau, jangan tersalah cawangan pulak. 


Satu mangkuk mee, hanyalah RM1.90 semangkuk. Murah amat kan. Ada dua jenis mee - Dried Noodle dan Soup Noodle. Untuk kedua-dua mee ni, ada pilihan sama ada nak ayam atau daging. Patutlah aku dengar, at least kena makan 4 mangkuk seorang. Kena try satu satu iaitu Beef Dried Noodle, Chicken Dried Noodle, Beef Soup Noodle dan Chicken Soup Noodle. 


Beef Soup Noodle. - Meatball dia sedap. Daging pun lembut je. Aku lagi suka Beef Soup Noodle ni. Lepas ni kalo datang lagi, nak order menu ni sahaja bermangkuk-mangkuk. 


Chicken Soup Noodle - Bagi yang takmakan beef, boleh cuba yang ni. 

Untuk Dried Noodle, lebih kurang Soup Noodle je. Cumanya kuah asing dan ditabur kacang. Gambar takde. Ampun.

Okay, ini satu lagi menu yang terbaik di Sara Boat Noodle - Pulut Durian. 


 RM10 semangkuk. Pulut lemak penuh berkrim. Durian pun segar. 

Semalam mula-mula sampai kami order, dua mangkuk mee untuk setiap seorang. Seorang pilih satu jenis dried noodle dan satu jenis soup noodle. So, total noodles - 6 mangkuk plus satu mangkuk pulut durian. 


Tapi last-last, total noodles bertambah menjadi 9 mangkuk kecil dan 1 mangkuk besar. Bertambah-tambah seorang makan. Maka jadilah mangkuk bertingkat-tingkat. Aku agak kalo duduk lama, lagi bertambah-tambah. adeh =.='.


Blurppp! Kenyang sudah. Boleh angkat kaki, punggung badan semua. 

Oh ya! Lupa nak bagitahu air kat sini pun sedap-sedap. Aku order air Green Tea. Green tea tu dicampur dengan susu dan ditambah ais. Rasa lebih kurang macam Teh Ais. Cuma yang best, warna airnya hijau. Macam air honey dew blended je. Err, gambar lupa nak snap. 

Total makan semalam = 9 mangkuk kecik mee + 1 mangkuk mee special + 1 mangkuk pulut durian + 2 air Green tea = RM 38.20 sahaja. 

Murah kan? Sangat puas hati dan kenyang amat. 

So, highly recommended for those yang suka mee dan soup. heee. Bagi yang berminat boleh terjah ke sini. Sangat berbaloi-baloi hokeh! 


Restoran Sara Boat Noodle
A7 Jalan Gambut 3, 
Kampung Kuantan, Pahang
Waktu operasi dari pukul 12.30 tengah hari hingga 11.30 malam. 
Facebook Restoran Sara Boat Noodle : KLIK SINI!





6 comments:

afzalsukasuki said...

hoho menarik nih. ni kalau semangkuk mee.. banyak ke isi dalamnya? serang wajib makan 4 mangkuk atau 1 meja 4 mangkuk? tak pernah tau plak pasal mee ni, tapi menarik untuk dicuba :D

Semut Senyum said...

waaa...mcm jalan2 cari makan ni.... dah ramai nmpak kawan2 pergi situ... kitew pun nak try jugak laa nanti...

Lea IsNawi said...

tok afzal:

sikit je pun isinya semangkuk...tiga empat suap abes. tapi better amek mangkuk kecik dari mangkuk spesel sebab harga lagi berbaloi kalo amek mangkuk kecik.

Rashida Azhar said...

Assalamualaikum cik Lea, sara boat Noodles ni owner nye melayu ke? Saya dah makan boat noodle ni kat KL dan nak cari info macam mana nk buka kat tempat saya.

Rosniza Abdullah said...

Assalamualaikum cik Lea, akak dah cari semalam tapi x jumpa kedai dia dah waze still x jumpa gak. boleh bagitau tak kat mana area kedai tu? coz akak dari terengganu. tq lea...

Dewi Aja said...

Hello Blogger!
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)