Wednesday, February 25, 2015

Resepi Apam Dewa Mudah dan Lembut

Assalamualaikum wbt.   

 Macam mana cuti korang? Best tak? Banyak makan tak? Ke banyak sopim mopim? Cuti aku best je. Best la sebab dapat luangkan masa dengan tersayang, pagi petang siang malam dating sampai krem kaki. Dan lucky en Ahmad sudi tolong urutkan kaki dan kepala. Ternyata dia memang seorang tukang urut yang mantopp! 

Cuti hari tu sempat jugak aku menuntut ilmu mengapam apam dewa dengan kakak ipar. Mudah amat rupanya dan hasilnya sangat gebuss!. Dan sebelum balik Kuantan sempat pulun buat 3 bijik - sebijik tinggal kat umah mertua, sebijik bagi kat mak sedara dan kakak, sebijik lagi bawak balik Kuantan. Dari pagi mengapam sampai mak mertua tegur, 

"Lea ni tak jadi balik dah, duk buat apam je" 

heee =D

Kat sini, aku nak kongsi resepi membuat apam dewa yang gebus gebas lagi mudah amat!

Bahan-bahan:-

6 biji telur
1 cawan gula
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar ovalette
2 sudu kecil susu pekat
Pewarna
sedikit mentega untuk dioles pada loyang. 

Cara-cara:-

1. Pukul telur, gula, ovalette dan susu hingga kembang, hingga menjadi warna putih.

2. Masukkan tepung gandum gandum dan kacau sebati. 

3. Masukkan pewarna. Masukkan ke dalam loyang yang telah disapu mentega. 

4. Kukus selama 30 minit. 

SIAP!!!. 




Mudah je kan kan kan..SO boleh la mencuba lepas ni..heee..Malam ni ingat nak mencuba buat Apam Susu pulak. Resepi pun lebih kurang, kurang lebihkan susu pekat saja. 


Wednesday, February 18, 2015

Selamat bercuti dan Gong Xi Fatt Chai


 Assalamualaikum wbt.

"Yeay, es0k raya! Malam ni makan besar.!" - jerit seorang amoi belakang rumah. 

Ye Ye! Selamat Tahun Baru Cina. Gong Xi Fatt Chai buat mereka yang menyambutnya. 

Orang sebuk balik raya, aku pun sebuk nak balik raya jugak. ngeh3. Ala rasanya bukan aku sorang kottt, kamu kamu semua pun sama kan kan?

Apa-apa kepada yang memandu jauh tu, drive safe. Biar lambat sampai ke destinasi, asalkan sampai dengan selamat. Selamat bercuti dan menghabiskan masa bersama tersayang =)

Hari ni aku mintak balik awal dengan bos. Nasiblah bos memahami. Kan aku cakap bos aku tersangat baiikkk. hihihi. 

"Bos saya nak mintak balik awal esok sebab bla bla bla."

"Yelah, balik lah. Pergilah beli daging, buat rendang. Malam ni jangan lupa bakar lemang bla bla bla"

hehehehehehe. 




"Ini tahun, tahun wa. Lain tahun, tahun lu pula ma"






Tuesday, February 17, 2015

Dua tahun sudah.




 Assalamualaikum wbt.

 Entry pertama di tahun 2015. 

Sedar tak sedar hari ni sudah pun 17 Februari 2015. Ini bermakna..

Sudah hampir 2 tahun aku bergelar anggota b0mba. Mula lapor diri pada 15 Februari 2013 di Akademi Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu. Rekrut setahun dan mula bertugas di JBPM Negeri Pahang pada 4 Februari 2014. Semuanya bulan Februari. Bulan Cinta. 

best ke kerja bomba?

Best ke? Ntah. Taktahu nak jelaskan. Kadang rasa menyesal masuk bomba. Kadang rasa seronok. Kadang rasa, Kenapa perlu nak mengeluh? Bersyukur jela dengan apa yang Allah bagi. Kan lagi bagus. Tapi apa pun, aku suka bekerja di Pahang. Dapat anak buah yang baik, walaupun kadang-kadang sangat nakal tetapi kerja tetap bagus. Bos dan bini b0s pun tersangat baik. Aku pun dah anggap macam ayah dan mak aku sendiri je. Opismate lain pun baik-baik semuanya. Makcik cleaner pun baik. Selalu bagi aku minum air kelapa. Supaya terhindar daripada penyakit katanya..hihi. 



Dah hampir sebulan tak pakai uniform pergi kerja. Rindu pulak nak sarung uniform. Tapi apa boleh buat, badan makin gemukkkk.!

fuh fuh fuh fuh~!



p/s: Yeay!! Esok balik jumpa toklaki... wink wink. ;)